Sunday, December 23, 2012

Mini Proposal & Internship?

Ok..entri kali ni kena buang mood cinta-cinta sebab sekarang tengah dalam mood serabut plus fokus masa depan. Wah! fokus masa depan tu yang tak tahan....

Sedar tak sedar aku dah nak habis belajar dah rupanya. Tetiba rasa tempoh tiga tahun tu sekejap sangat. Kalau diimbas balik perjalanan hidup aku sepanjang bergelar student penuh dengan suka duka. 
Antaranya:
  • Pernah dapat surat cinta dari lecturer sebab selalu ponteng kelas. Dua kali pulak tu sem 1 & sem 5.
  • Aku nyaris berhenti belajar sebab....family matters~
  • Sepanjang aku belajar ni, nak habiskan tiga tahun belajar ni aku dapat peluang belajar dekat UMT n UUM. (Korang ada???)
Sebenarnya banyak lagi tapi tak penting la kot. Sekarang dah nak habis da. Lepas tu boleh kerja tampung keluarga pulak. Beri peluang dekat Mak nak rehat pulak. Tapi nak habis baki-baki semester ni yang azab ni.
Perkara yang paling buat aku serabut otak dan berdebar-debar. INTERNSHIP!!!!!

Boleh tak kalau nak habiskan belajar tanpa internship? 

Tentulah tak boleh. Nak tak nak kena pergi jugak. Aku nak buat dekat mana ni? tu yang serabut tuh. Aku ada survey dua tiga tempat (MediaPrima, Nestle, Solartech, L'oreal dan ada lagi dua tiga syarikat biasa-biasa. Berlagak gila pilih syarikat besar). Mungkinlah aku boleh buat kat company tuh. Tapi yang menSERABUTkan lagi bila cikgu suruh buat mini proposal before pergi internship. APAKAH???

Adoilah~ Pening-pening. Dalam mini proposal tuh lecturer suruh letak objektif kenapa kita pilih syarikat tu dan sedikit latar belakang syarikat tu. Selagi tak lulus mini proposal tuh selagi tu permohonan internship tak boleh buat. GILA!!

Semoga dipermudahkan segala urusan....


Friday, December 14, 2012

Boyfriend baru~

Setelah lama bersendiri, baru sekarang aku bertemu pengganti. Agak lama aku mengambil masa untuk merawat luka di hati. Ok......nampak tak ayat geli kat situ...

Aku sayang dia sangat. Takkan ada yang lain selain dia... Ke mana pergi mesti bersama. Semenjak dia hadir dialah menjadi penghibur di kala duka. Alhamdulillah..kehadiran disenangi semua orang. Lega...

So aku perkenalkan dia kat sini...nama dia Mr.Bobop.....

Mr.Bobop!

Love Mr.Bobop a lot!!!!


Sekian~


Tuesday, December 4, 2012

JIka~

Jika cinta itu buta, 
jangan biarkan mata kita juga terpejam..
Jika rindu itu bisu, 
biarkan sahaja lidah meluahkannya..
Jika sayang itu lumpuh, 
gerakkan kurniaan tuhan untuk menunjukkan kasih..
Jika dia orangnya, 
terimalah dia seadaanya..

Saturday, December 1, 2012

Apabila hikayat dongeng diteruskan...

OK..... Hikayat yang dikatakan berakhir dulu sebenarnya belum tamat. Hanya memberi laluan iklan dan sambungan dia sangat menarik. Insha Allah...

Hikayat dongeng diteruskan dengan babak yang semakin serius dan scene-scene yang mengada-ngada. Mungkin kerana masing-masing sudah mula memahami antara satu sama lain. Tapi hikayat dongeng kali ini lebih memberi tumpuan terhadap pembentukkan masa hadapan.
(Ok....da masuk mood merepek...)

Sebenarnya nak cakap yang hikayat ini belum berakhir.


Saya sayang awak tau....

Tuesday, November 27, 2012

Berakhirnya Hikayat Dongeng~

Tak ramai yang tahu tentang hikayat dongeng ini. Hanya orang yang rapat tahu kewujudan hikayat dongeng lagi mengarut. Kini hikayat itu telah berakhir. Seperti biasa jika aku yang mencipta hikayat itu, maka tiada pengakhiran yang gembira.

Selepas ini tiada lagi gurau senda antara kami, tiada lagi aksi-aksi pujuk memujuk..semua itu TIADA lagi selepas ini.  Semua akan kembali seperti sebelum aku hadir dalam hidup dia dan sebelum dia hadir dalam hidup aku. Aku yakin dia mampu tapi aku memerlukan masa yang panjang. Sebab aku sudah terbiasa dengan dia. Walaupun kelihatan hanya dia yang mencari aku tapi aku juga selalu menunggu dia.

Kenapa berakhir?
Entahlah. Mungkin aku yang terlalu beremosi atau dia sudah penat melayan aku. Kenapa aku terlalu fikirkan dia. Biarlah dia pergi. Aku bukan sesiapa pada dia. Nampaknya aku belum belajar dari kesilapan yang lepas. Malah aku makin teruk. Kenapalah aku jadi macam ni. Terlalu mudah menyayangi dan memberi hati. Selepas itu, aku yang bersedih. Awal lagi aku terlah mengingatkan diri aku agar tidak lagi menyerah hati ini selagi belum pasti. Tapi aku tewas, cepat benar aku menyerah. Terlalu mudah aku percaya.

Terlalu singkat hikayat ini. Tapi terlalu banyak yang dikongsi bersama. Dia menggembirakan aku, menemani, melayan kerenah aku tapi cuma kali ini dia penat. Mungkin. Tak apa saya maafkan awak.
Lepas ni aku akan rindukan "Mr.T si Chipsmore yang Tebal lagi Gemuk". Takkan ada "Ms.T si Pau Daging RM2.50". Takkan ada rengekkan mengada dia. Aku akan rindukan semua tu........

Jauh di sudut hati aku berharap hikayat ini tidak berkakhir. Aku nak hikayat ini diteruskan sampai bila-bila. Sebab aku terlalu sayangkan dia, dia lain dari yang lain walaupun ada sesuatu yang dia tahu tetapi dia tak tahu aku tahu apa yang dia tahu. Aku takkan ungkit sehingga dia sendiri yang memberitahu perkara itu.

Saya akan tunggu awak.......


Saturday, November 24, 2012

Aku dan Kamu..

Aku di depan kamu dan kamu di depan aku,
Kita selesa begitu,
Aku bercerita tentang aku agar kamu lebih mengenali aku
Dan...
Kamu bercerita tentang kamu supaya aku mampu memahami kamu..
Kita juga bercerita tentang mereka yang entah siapa,
Tetapi itu tidak penting hanya sekadar iklan dicelah kisah kita,
Perlu diutamakan kisah aku dan kamu,
Kerana mungkin disebabkan kisah itu kita bersatu,

Friday, November 16, 2012

Sepupuku, Si Agen Pencari Jodoh???

Mempunyai seorang sepupu yang gila-gila memang best. Aku pun ada jugak. Nama dia Luqman Hakim, seorang guru lulusan UPSI (tapi tak tahu la dia ngajar subjek ape...). Kami rapat dari kecik lagi tapi dulu dia macam nerdy sikit. Sekarang dah hemsem. Huweh...huweh...huweh...

Tapi semalam dia putus fius. Tetiba hari ni jadi agen pencari jodoh tak bertauliah. Tak pasal-pasal aku jadi first customer dia. HARU SUNGGUH! Ni semua gara-gara dia di stalker oleh anak-anak murid dia yang muncung korea katanya.

Al-kisahnya bermula selepas dia mengupdate status di FB begini:

Jauh::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Cikgu Luqman BAIK.
Dekat dalam hati budi::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Rupanya STALKER HARAM.
Bila GUA dekat dengan STUDENT::::::::::::::::::Lu olang langsi aa..24jam hadap "eff be" smata2 nak stalker FB olang...GILA...GILA
.
.

Eff be : Ayat gedikssss gitue merujuk kepada FB

P/S : Sape yg nak kenal student aku, cari kat friendlist aku...dan cari yang gambar ala2 MUNCUNG Korea gitewwwww







Kebetulan hanya aku dan kawan dia yang bernama Maswazi Rahman (kalau ikut mutual friend kat FB, dia ni friend ngan Izzah Azhar (KLIK sini..) boleh siasat ni) yang komen duk mengenakan dia. Terus di match kami berdua. Siap post lagu JANGAN BILANG TIDAK lepas tu tag nama kami berdua. Adoi, ALONG PUTUS FIUS betul. 

Cemburu tapi perlu bersyukur...

YA, AKU CEMBURU DENGAN MEREKA!!!!

Mereka....
"Mak, nanti kakak balik mak masak spagheti carbonara, siakap lima rasa, bla...bla..bla..." Pastu dengarlah diorang bersorak gembira sebab permintaan ditunaikan.

Aku..
"Mak, k.long balik minggu depan.." pastu mak jawab "ok"...

Mereka...
"Cuti hari tu aku dengan family pergi bercuti ke sana, ke sinun. Seronok gila dapat lepak dengan family.."

Aku..
"Hm...aku pun pergi jalan jugak...ronda KL...tapi SENDIRIAN BERHAD... mak aku kerja and member aku pun sibuk spend time dengan family diorang" Sambil senyum bangga tapi dalam hati aku sedih sangat...


Inilah aku. Inilah kehidupan aku. Orang kata "mana best jalan seorang-seorang", "baliklah lepak dengan family baru syok" tapi mereka tak faham situasi aku. Mak aku ibu tunggal yang tinggal di kota, terpaksa bekerja untuk menanggung anak-anaknya sehingga dia sendiri tak dapat nak luangkan masa bersama anak-anak dia. Jadi aku sebagai anak tiada peluang untuk membuat sebarang permintaan yang memang dia tak dapat nak tunaikan.Itulah antara alasan kenapa aku tak berani nak minta macam-macam.

 Lagipun dari dulu mak ajar nak buat sesuatu tu kalau rasa boleh buat sendiri, buat sendiri jangan menyusahkan orang. Sebab tu aku selalu seorang sampai aku dah biasa begitu. Tapi bohonglah aku tak cemburu bila kawan-kawan dapat berkepit dengan family sedangkan aku sensorang je. Teringin jugak nak macam tu cuma peluang tu susah nak dapat.

She is my Super Woman!!!!

Untuk cuti kali kira oklah sebab mak banyak cuti. So hari pertama kat rumah mak buat nasi goreng ikan bilis yang memang jadi feveret aku and adik-adik. Hari kedua mak kerja. So aku pun tinggallah seorang kat rumah. Hari ketiga mak masak sotong masak kicap dan gulai lemak pucuk ubi dengan ikan masin. Tapi aku pulak keluar. Tapi at least dapatlah jugak makan masakan mak. SYUKUR~

Wednesday, October 31, 2012

Never!












ME - LOVE - BELIEVE - NO - NEVER!!!

Wednesday, October 24, 2012

Follower misteri???

HOhoHO...
Minggu ni fikiran aku sedikit terganggu dengan si follower misteri ni. Da la sepanjang aku berblog baru ni tak pernah ada follower. TUP TUP ada follower tapi MISTERI. Aku tak tahu siapa yang boleh ter'addict' dengan blog aku. Entri aku kebanyakkannya bukanlah jenis yang berinformasi sangat tapi lebih kepada luahan hati aku yang tak pandai nak luah kat mulut. Pepaham jela kalau da entrinya mengikut rasa aku yang entah apa-apa konfem la isinya tak menarik. So, agak mengejutkan diri bila ada follower misteri. Sekali IM FAZIATULFARHANA  buat saspen terlebih je. Tapi takkan dia tak gitau aku. AISH!!!!



SIAPAKAH ANDA??????

Sunday, October 21, 2012

Menjauh lebih baik...

Menjauh lebih baik,
Dari dibiarkan rasa itu terus berputik...
Dari menghadapi kisah duka yang mungkin terjadi...
Dari sakit kerana rasa...
Dari kecewa hingga melara...

Menjauh lebih baik,
Mungkin cara aku tidak bijak...
Mungkin aku terlalu kejam...
Mungkin aku mementingkan diri sendiri...
Mungkin ini terbaik buat kami...

Sunday, October 14, 2012

Mereka yang bercerita tentang aku

Lihatlah mereka,
Sedang bercerita tentang aku..
Aku di sebelah hanya mendiamkan diri..
Kerana aku tidak arif tentang diriku sendiri..
Mereka bercerita lagi..
Aku mendengar segala yang diceritakan..
Ada yang benar, ada yang salah..
Tidak ku iakan apatah lagi ingin menafikan..
Aku masih mendengar tanpa sebarang reaksi di wajah..
Biarlah mereka bercerita..
Kerana mereka lebih mengenali diriku...mungkin..
Setiap kata yang mereka lafaz bagaikan duri menikam hati..
Tapi kesakitan yang dirasa...
Tidak ku lantunkan di mulut..
Biarlah aku...
Berdiam diri seperti bisu...
Membuat tuli seperti pekak...
Biar hatiku tercarik, asalkan perasaan mereka molek..
Aku tidak mampu menghalang mereka dari terus bercerita...
Jadi aku akan terus di sini mendengar mereka bercerita...






# Bersabarlah~


Saturday, October 13, 2012

Berbicara dengan LELAKI tentang LELAKI...Berbicara dengan PEREMPUAN tentang PEREMPUAN~~~~

Berbicara dengan lelaki tentang lelaki...
Semalam aku berpeluang untuk bercerita dengan lelaki tentang lelaki. Tetapi ada satu perkara buat aku tersentap dan berfikir panjang. Kami bercerita mengenai 'first love' dan permainan lelaki. Aku berkongsi cerita dengannya mengenai cinta pertama yang sukar untuk dilupakan. Manakala dia pula meminta untuk aku melupakan cinta pertama aku. Katanya:

"Lupakan dia. Selagi Anis amek tau pasal dia selagi tu Anis mengharapkan sesuatu dari dia. Saya faham first love is everything dan Anis mungkin first love dia tapi dia ada banyak 'love' kat luar sana. Kalau Anis susah lupakan dia, berapa ramai lagi gadis yang tak boleh lupakan dia? Berapa ramai lagi gadis yang cakap "eh, masa dengan saya dulu dia lain". Different is anywhere. Lelaki nampak lain bila nak dapatkan perempuan tu. That is normal. Saya lelaki dan faham sangat situasi macam ni. Lelaki nak dapatkan perempuan macam-macam diorang buat. Dah dapat, macam-macam alasan. Bila seoarang lelaki cakap "PEREMPUAN SEKARANG MURAH, BRO" itu bukan lelaki yang baik untuk bercinta. Perempuan ni kita kena HARGAI sebaik-baiknya."





Berbicara dengan perempuan tentang perempuan,
Semalam juga aku sempat berkongsi cerita dengan sahabat aku tentang siapa pemilik tulang rusuk ini. Al maklumlah umur semakin bertambah. Kawan-kawan yang lain sudah ramai yang mendirikan masjid. Ada juga yang sudah beranak pinak. Bermula dengan cerita pengumuman tergempar yang akan dia buat sehingga timbullah isu jadilah perempuan yang mahal. Kami mempunyai persamaan dari segi apa yang kami lalui pada masa ini. Iaitu persahabatan menjadi cinta. Dan sememangnya kami tidak akan sesekali jatuh cinta pada orang yang sudah menjadi sahabat karib kami. Pada pendapat aku, biarlah sahabat kekal sebagai sahabat. Mungkin korang tertanya-tanya macam mana nak bercinta kalau tidak dimulakan dengan persahabatan?Maksud aku bukan bercinta dengan sahabat karib. Mungkin the best word to describe it as kenalan. Kami takut bila ada yang serius menyatakan hasrat hati mereka pada kami. Walaupun kadang-kadang memang itu yang kami harapkan. Kami terus bercerita tentang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Dia berpesan agar aku menjadi wanita mahal supaya nanti barulah ramai lelaki tergila-gila. Tetiba teringat kata-kata sahabatku seorang lagi:

LELAKI 
Lebih suka perempuan yang mudah unutk DIDEKATI
TAPI
Susah untuk DIMILIKI

Mungkin betul apa yang dia kata. Tetapi kami sedar semuanya Allah yang menentukan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.





Friday, October 12, 2012

Apa aku nak???

Aku ingin seseorang sentiasa ada di sisi aku, tapi bila dia hadir aku tolak dia jauh. Sejauh aku mampu.

Aku ingin seseorang duduk disebelah aku sambil mendengar kisah aku. Tapi bila dia minta aku untuk bercerita, aku yang menyuruhnya agar jangan bertanya apa-apa.

Aku ingin mereka mengenali siapa aku sebenarnya aku, tapi aku tutup segala tentang diriku dan kadangkala aku bukan aku.

Aku ingin bercinta, tapi bila cinta hadir aku melarikan diri.

Aku ingin mengubah hidup aku, tapi aku hanya berdiam diri.

Aku ingin lupakan segala luka yang lepas, tapi aku asyik mengingatkan diri sendiri tentang apa yang telah terjadi dan menjadikan siapa aku pada hari ini.







Persoalannya, apa yang aku nak sebenarnya. Mulut menzahirkan apa yang aku inginkan tapi hati menolak segala keinginan aku. Hanya kerana pengalaman yang aku lalui sebelum ini. Ada yang mengatakan pengalaman mendewasakan kita. Tapi pengalaman yang aku lalui membuat aku menjadi terlalu berhati-hati sehingga takut mengambil risiko. Pengalaman lalu menjadikan aku sebagai seorang yang penakut. Takut untuk menghadapi masa depan. Sampai bila aku akan terus begini? Sedangkan aku sendiri tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ini. Terkadang aku benci pada diri sendiri kerana sikap aku inilah orang menjauhkan diri dari aku. Kemudian, aku akan menangis dan menyesal. Itu sahaja yang aku mampu.

Tuesday, October 9, 2012

Aku bukan LESBO!!!!

Terkejut juga bila baru-baru ni ada yang bertanya aku LESBIAN ke?????What the food???? Entah dari mana dia dapat sumber pasal aku ni lesbian. Waktu memula aku dapat tahu pasal ni aku macam blur-blur sikit tapi lelama panaslah jugak sebab sesuka hati je cakap aku lesbian. Macam diorang da kenal aku lama je. Sekarang da lain, bila aku teringat benda tu aku rasa nak gelak pun ada. Mungkin diorang tak pernah tengok aku menggedik dengan laki kot (tapi aku rasa aku selalu je menggedik dengan laki kat fb...status aku pun macam da cukup gedik da untuk menunjukkan aku ni STRAIGHT~~~)

Aku rasa persoalan itu timbul bila dia hanya sempat tengok komen-komen aku dengan "girl friend" yang kebanyakkannya menggunakan panggilan "YUNK", "DEAR", "DARLING" and so whatever la. Ditambah pula aku memegang status single terlalu lama. Tapi tu tak bermakna aku lesbo. Atau mungkinkah sebab aku menolak cinta dia dan mereka-mereka di luar sana (wah....mereka-mereka..TAK TAHAN..). ??????????

Mereka-mereka yang bertanyakan tentang persoalan sama ada aku ni lesbo ke tak, sepatutnya membaca entri-entri sebelum dalam blog ni. Aku rasa aku ada state kan kenapa aku masih single. SO,biarlah aku simpulkan dengan mudah sebab kenapa aku masih single. Bukan aku suka-suka nak single ni tapi:-


  • Aku belum bersedia untuk bercinta.
  • Aku pernah kecewa sebelum ni. Agak teruklah juga sakit dia sehingga aku rasa aku da tak percaya pada cinta.
  • Kalau boleh aku nak someone yang bukan dari kalangan kawan-kawan yang da kenal aku from inside out. Aku nak orang lain. 
  • Aku tak rasa jika aku bercinta sekarang hubungan kami akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Sebab jika aku jatuh cinta lagi aku nak dia jadi cinta terakhir aku.
  • ATAU mungkin juga hati aku telah dimiliki...




# Bila tiba masanya pasti aku akan jatuh cinta lagi dan orang yang aku cintai itu pasti di kalangan Adam... Insyaallah...AMIN~

Tuesday, October 2, 2012

Rasa itu ada, tapi belum bersedia.....

Menipu kalau aku kata dalam hati ni takde rasa nak bercinta atau nak ada kekasih. Tambah pulak bila jumlah kengkawan yang sudah berkahwin dan bertunang semakin ramai. Kadang-kadang rasa macam takde siapa yang "nak" dekat aku. Ok..so false!!! Ada je yang nak, cuma bukan dia. Ada orang lain yang sampai dulu walaupun aku dah kenal dia lama. Let me called the best man win as En. Bobop.

En. Bobop...
Aku baru je kenal dia tapi takdela baru sangat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh hati kat dia. Nak kata dia ni jenis yang sweet macam madu memang tak la. Nak kata kami selalu share persamaan yang ada kami tak jugak. Sebab sampai sekarang aku tak jumpa apa-apa persamaan antara kami. Bila aku A, dia B. Bila aku kata putih, dia kata hitam. Memang opposite gila kot. Mungkin sebab dia beza dengan laki yang aku pernah kenal sebelum ni. Lelaki yang aku kenal sebelum ni semua jenis melayan dan jenis yang mengikut cakap aku. Tapi dia tak. Asyik aku je kena ikut cakap dia. Setakat ni takde lagi la benda mengarut yang dia suruh ikut. Hm...cuma yang jadi masalah sekarang sampai sekarang dia tak tahu yang aku suka kat dia. Aku memang takde niat nak bagitahu pun sebab macam tajuk entri aku tu "rasa itu ada tapi belum bersedia". Memang aku cinta dia (oooo...cinta ek..) tapi aku tak bersedia untuk letak sebarang komitmen. Dulu aku pernah fikir nak menjauhkan diri dari dia tapi lagi jauh aku pergi lagi dekat dia datang. Memula dulu chat kat fb. Bila aku da kurang chat dengan dia kat fb, dia mesej kat fon pulak. Bila aku macam malas nak mesej kat fon dia telefon pulak. Bila aku kata jangan telefon da dia ajak jumpa pulak. Hm...entahla. So aku pilih untuk pendam je perasaan tu dan terus je berkawan dengan dia.


En. A...
Aku da kenal En.A ni da lama gila. Memang teman tapi mesra. Dia ni yang mendatangkan konflik jiwa kat aku. Dia pernah menceritakan kat semua member aku pasal perasaan dia dekat aku. Sampai makcik aku pun tahu. PAROK WEYH!!!! Aku memang takde apa-apa perasaan dekat dia sebab aku da anggap dia TTM aku. Aku taknak rosakkan pershabatan kami dengan rasa itu. Biarlah berkawan je. Tapi kengkadang tengok cara dia macam tak pernah give up. Aku pun tak tahu nak buat macam mana dengan budak ni. Kengkadang aku rasa aku boleh je terima dia tapi AKU BELUM BERSEDIA!!!! Memang rasa itu kalau takde kita boleh adakan. Cuma bukan sekarang. Akan datang mungkin. Cuma aku tak suka cara En. A ni sebab dia kengkadang menekan aku. Tertekan aku. Kengkadang rasa menyampah dan benci jugak dengan mamat ni.

Saturday, August 25, 2012

Jijik ke anak luar nikah???

Aku menulis entri ni mungkin disebabkan faktor emosi atau mungkin kerana rasa perikemanusiaan. Tajuk entri ni mungkin agak keterlaluan tapi inilah persoalan yang ada dalam fikiran aku saat ini setelah melihat tingkah laku manusia dan orang sekeliling. Hina sangat ke anak luar nikah? Adakah mereka seberat najis mughallazah yang perlu kita jauhkan? Ya Allah..aku sedih melihat keadaan seperti ini.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, Rasulullah Sallallahualaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani maupun Majusi.

Maksud hadis tu rasanya sudah cukup untuk menceritakan tentang kelahiran seorang bayi. Bukan mereka minta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu. Itu kesalahan ibubapa mereka. Biarlah ibubapa mereka yang tanggung. Kenapa mereka yang dipersalahkan kerana status mereka?

Aku pelik melihat manusia sekeliling aku. Apabila ada kelahiran yang sebegini  kurang bilangan yang datang menyambut kelahiran tersebut. Kenapa tidak semeriah menyambut kelahiran seorang bayi yang sah taraf?
Tiba-tiba teringat kata-kata Norish Karman, "Saya sanggup mati melahirkan anak daripada mati membuang anak". Pada aku ada betul juga kata-kata tu. Sekurang-kurangnya anak itu lahir dan mungkin kita mampu mendidik anak itu menjadi sempurna pada masa akan datang.

Sebenarnya aku sedih dengan sikap kawan-kawan aku. Mengapa perlu berat sebelah hanya kerana taraf kelahiran bayi itu. Jangan ada sikap mendabik dada mengatakan semua itu tidak akan berlaku pada diri kita. Akan datang kita tak tahu. Mungkin tidak akan terjadi pada kita tapi mungkin ahli keluarga kita. Aku bukanlah insan yang sempurna sehingga aku mampu keluarkan kata-kata seperti ini, cuma ini lebih kepada peringatan bersama. Layanlah anak ini selayaknya. Lupakan kesalahan ibubapa mereka dan sentuhlah anak itu dan ucaplah:


بورِك لك في الموهوب، وَشَكَرتَ الواهب، ورزققت برَّه، وبلغ أشُدَّه
(Buurika laka fil mauhubi, wa syakartal wahiba, wa ruziqta birrahu wa balagha asyuddahu)
Semoga Allah memberi berkah dengan anak yang dianugerahi atasmu, dan engkau kepada Dzat yang Maha Memberi. Semoga engkau diberi rezeki berupa kebaikan darinya. Semoga ia sampai pada masa kuatnya

Wallahualam~




Wednesday, August 15, 2012

Kami kawan je la!!!

Pernah tak korang rasa tertekan bila dua ahli keluarga bertanyakan soalan 'cepu cemas' mengenai dua Adam. Let say si Adam ni sorang nama Bazli dan sorang lagi nama Amar (da macam Dejavu di Kinabalu la plak...). Meanwhile, dua ahli keluarga dibahagikan kepada belah ayah dan belah ibu. Soalan 'cepu cemas' tu bermula bila yang sebelah ayah menyuruh menerima Bazli manakala sebelah ibu pulak tanya mengapa tidak ada apa-apa dengan Amar.

Setakat ni jawapan aku kepada dua-dua soalan tu 'kami KAWAN je, tak mungkin akan lebih dari tu'. Tapi jawapan tu seolah-olah tiada dalam slema jawapan diorang. Pernah jugak aku jawab 'orang da ada yang lainla' tapi still diorang tanya mengapa bukan Bazli atau Amar. Aku da tak tahu nak terangkan macam mana da.

Jawapan sebenar untuk persoalan tu...

Kenapa tak terima Bazli???
Aku dan Bazli da kawan dari kecik. Dari hingus meleleh sampai hingus kering. Dari zaman aku kasar sampai aku jadi perempuan. Kami da rapat sangat. Kalau tukar title kawan tu jadi kekasih memang pelik. Mungkin kami akan muncul sebagai makhluk asing bila jumpa. Sepanjang aku kenal dia bukan tak pernah dia cakap dia suka aku. Dah banyak kali dan dia memang tak pernah putus asa. First time dia buat kerja gila bila dia cakap dekat kawan-kawan kitorang yang dia nak kahwin dengan aku. Time tu aku rasa macam 'eh, budak ni lebih pulak berguraunya..' tapi aku layan je. Pastu aku cakap bebaik ngan dia jangan teruskan gurauan tu sebab ramai ingat kami betul2 nak kahwin. Dan semestinya jawapan dia 'AKU SERIUS!!!'. Terdiam jap aku. Aku pun cakap la aku tak sedia lagi nk berkapel. Sebenarnya kami gaduh dulu sebelum tu. Puas la jugak aku pujuk dia. Pastu ok. Ada sekali tu aku mintak dia hantarkan aku ke rumah sedara aku. Kebetulan sedara aku tu kenal dia. Al-maklumlah sekampung. Tetiba sedara aku cakap 'eloklah korang ni dari kecik berkawan sampai besar. Belajar pon dekat tempat sama. Bila lagi?'. Part bila lagi tu yang aku tak berapa nak faham. Adoi, ingat senang ke bila da kawan rapat pastu nak berkasih sayang. Memang tak la. Bila da reda benda ni, si Bazli ungkit balik pasal aku nak ke dia ke tak?So sekali lagi kitorang bergaduh. Yang paling best kali ni makcik aku back up dia. PAROK!!! Lama jugak la gaduhnya. Pastu ok tapi tak ok sangat da hubungan kitorang. Aku rasa tak best la bila kawan rapat gaduh pasal benda2 camni. Setahun senyap pastu timbul balik pasal ni. Bezanya kali ni tak over sangat. Tapi dalam tempoh setahun isu ni cool antara aku dan Bazli tetapi makcik aku tak pernah cool dari terus memujuk. Arrrggghhh!!!seterez.....


Kenapa takde ape-ape dengan Amar??
Kes Amar ni special sikit. Aku kenal Amar ni time sekolah. Dia ni kawan pakcik aku.Pada awal perkenalan aku dengan dia memang aku ada feel dekat dia. Aku pernah beritahu dia pasal ni. Tapi dia tolak cara baik dan aku terima benda tu sebab waktu tu aku tau dia ada minat kat gurl lain. So, selepas tu kami deicde untuk jadi kawan je. Kami jadi rapat gila. Entah macam mana isu aku kapel dengan dia timbul. Aku tau pasal ni bila adik aku buat pengesahan dengan aki mengenai siapa sebenarnya aku kapel sebab adik aku tahu semua kisah aku. Time tu dia cakap makcik secara bermatian-matian mengesahkan aku kapel dengan Amar sedangkan aku kapel dengan orang lain. Bila aku explain barulah dia faham. ok aku pun lega lah bila dia faham. Tiba-tiba semalam nak dijadikan cerita, si Amar ni call katanya dia nampak aku. Disebabkan aku guna tab time tuhso kenalah guna loudspeaker, so makcik aku pon dengarlah perbualan kami. Lepas  habis je cakap makcik aku terus tanya soalan yang sama cam dulu-dulu. Kenapa takde pape dengan Amar? Kami just kawan je...Tolonglah faham. Tak mungkin lebih dari tu.

Bukan mudah nak tukar friendzone kepada lovezone. Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu da tahu baik buruk kita dan kita da banyak cerita masalah kita kat dia. Mungkin dari sudut pandangan orang lain mereka melihat benda tu simple and lagi mudah sebab kita da saling mengenali tapi tak bagi aku. Aku tak cakap mustahil kawan menjadi cinta cuma tak mungkin itu terjadi sekarang. Akan datang wallahu alam. Semua kuasa Tuhan. Sekarang pada aku kawan akan kekal kawan sampai bila-bila.

Saturday, August 11, 2012

Kebetulan atau kenyataan.....

Sekarang aku asyik fikir adakah semuanya berlaku secara kebetulan atau kenyataannya memang begitu. Dulu kalau aku asyik fikir dan bebel pasal dia mesti dia muncul. Pastu kalau aku buat application mengarut kat fb mesti keluar nama dia. Paling sadis aku asyik nampak dia. Tungau paling besar dah hinggap aku. Parah kalau terus macam ni. Hm.....mainan perasaan je tu........

Thursday, August 9, 2012

Ujian cipta rasa yang berjaya menambat hati para juri....


Bahagia kejap semalam apabila masakan yang aku cipta sendiri (tapi rasanya ada je kot yang da buat resepi tu...) mendapat pujian dari mak dan ateh. Bukan senang nak dapat pujian dari diorang ni. Selalunya ada je yang tak kena. Pernah sekali tu aku goreng sawi macam aku selalu masak tapi tetiba mak cakap " Batang sawi awak liat. Masak tak letak air la tu." Padahal melaut kuah aku buat dan pada aku tak liat pun. Tapi semalam semua cakap sedap dan mintak resepi. Bahagia sangat.

Semalam aku namakan masakan aku sebagai Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya<--terpengaruh dengan Azwan Ali dalam Masterchef Selebriti. Sebenarnya ni ayam goreng rempah yang tak berapa nak rempah. Sebab tu la aku rasa macam ada je kot orang yang pernah masak ayam ni. Resepi ni tercipta apabila minggu lepas ateh aku suruh buat ayam goreng biasa (just gaul garam dan kunyit) tapi disebabkan aku ni tak makan sangat ayam goreng biasa ni plus ayam tu macam da lama sikit. So selongkar dapur jumpa lada hitam, aku pun ambik lada hitam tu tumbuk dan letak dalam ayam yang da gaul dengan garam dan kunyit lepas tu goreng macam biasa. Waktu ni diorang tak komen lagi tapi bila tengok diorang macam banyak je makan ayam tuh aku tahu confirm la sedap. HUHUHU..


Selang beberapa hari mak aku suruh buat ayam goreng biasa lagi. Bosan betul. Pastu aku plan nak buat lagi sekali resepi ayam aku tu. Tapi kali ni aku tambah jintan manis dan jintan putih. Untuk resepi kali ni diorang cakap best. Tapi pujian yang biasa jela.

Tetiba semalam mak call dia cakap sila buat ayam macam hari tu. Aku pun apa lagi awal-awal lagi aku da masuk dapur.berbunga-bunga hati nak masak. Kali ni aku perap jap ayam tu pastu aku buat kuah sikit. Yang pasal kuah tu aku terfikir bila teringat waktu aku sekolah dulu bila aku malas masak aku selalu buat ayam goreng kunyit cara aku. Adik-adik aku suka sangat ayam tu. So aku pun rasa macam nak kembalikan moment tu dalam resepi aku. NOSTALGIA BETUL!!!

Bila tiba waktu makan, ateh aku tanya aku letak apa dalam ayam tu (time tuh da rasa macam iklan Panasonic je...NGEEE~). Aku pun cakaplah aku letak apa. Pastu mak dan ateh cakap sedap dan suruh buat resepi tu kat kampung nanti yang mempunyai jumlah pengkritik masakan agak ramai. Maka ini membuktikan resepi aku DITERIMA!!! yeay~

So, aku nak share sikit resepi kat dalam ni sebagai rujukan aku pada masa akan datang sebab aku ni pelupa sikit. Kalau korang nak cuba pun boleh. :)


Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya
(nama ni aku ambil sebab ayam tu cam pedas2 sikit..)

Bahan untuk diperap:-
1/2 ekor Ayam
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan untuk kuah:-
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 inci halia (hiris halus)
sedikit air (ikut rasa hati nak banyak mana)
sedikit Secukup Rasa Maggi (kuah dia tak guna garam sebab ayam tu rasa dia kuat so guna secukup rasa je)

Camne nak buat?

Memula basuh rempah untuk perap tu dan goreng kering. Goreng sampai naik bau tapi jangan hangus. Lepas tu tumbuk sampai jadi serbuk. Gaulkan rempah yang dengan ayam, serbuk kunyit dan garam. Perap dalam setengah jam.(Kalau nak danging ayam tu cam lembut-lembut sikit sila beranikan diri letakkan sedikit cuka dalam 1 sudu besar. Tapi memandangkan adik laki dan mak ada gastrik yang agak teruk tapi tak sangat so aku tak letak cuka tapi aku kengkadang aku perap dengan sos tiram untuk kasi lembut daging ayam tu). Lepas perap boleh goreng. Terpulang kat korang nak buat deep fry or goreng dengan minyak sikit. Tapi seelok-eloknya kalau rasa kurang mahir nak goreng dalam minyak sedikit sila goreng secara deep fry untuk ayam tu masak dengan sempurna. Sebab first try aku buat goreng ayam dengan minyak sedikit, ayam tu tak masak sepenuhnya tapi sekarang da ok. Lagi satu kalau korang tak nak ayam tu melekat kat kuali before letak ayam sila panaskan minyak dengan asam keping. Cara tu boleh mengelakkan ayam melekat kat kuali dan ayam tu akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap. Boleh juga apply time nak goreng ikan sebab nant ikan tu akan jadi garing dan tak melekat kat kuali. Lepas da siap goreng ayam tu toskan minyak dia dan letak kat tepi dulu.

Untuk kuah, tumis bawang besar dan halia sampai naik bau dan bawang tu macam layu-layu sikit. Lepas tu masukkan sos tiram dan air. Aku suka kuah yang pekat so aku letak sikit je air. Jangan lupa letak secukup rasa dan ayam yang da goreng tadi. Kacau-kacau pastu angkat dan hidang. YUM~YUM~




# tak dapat nak upload pic sebab terlupa nak snap......








Tuesday, July 31, 2012

Fikir.....Muncul...

Da banyak kali da benda ni jadi. Bila aku terlalu banyak je fikir pasal dia mesti dia muncul. Macam tau je aku tengah fikir pasal dia. Malam tadi aku duk membebel sorang-sorang sebab da dekat 3 hari tak mesej aku. Pagi tadi bangun sahur punaku duk membebel lagi sebab dia tak mesej pun. Dengan bad mood nye aku bersahur pagi tadi. Aku paling tak suka makan time mood tak elok sebab konfem makan banyak. Sahur tadi aku makan banyak gila (habis lari diet aku...).Habis je sahur aku masuk bilikdan tergerak hati nak tengok fon. Sekali .......



*  Selamat bersahur..hoho~~  *




Aku pun sengih sampai telinga............................

Kehilangan yang masih dirasa..

Hari ni genap 13 tahun Aki meninggal. Rasa macam baru je. Mungkin sebab pada waktu petang sebelum pemergian dia, aku masih duduk disebelah dia dan dia mengingatkan aku supaya jaga wan  sebab kata dia wan da takde siapa-siapa. Aki merupakan orang yang paling rapat dan paling aku sayang. Dia yang besarkan aku dengan penuh kasih sayang sejak aku kecik. Sehingga ke akhir hayat dia aku masih dimanjakan. Bayangkan sepanjang hayat dia, dia tak benarkan aku buat sebarang kerja-kerja berat. Memasak pun dia tak kasi. Kalau aku rasa nak belajar memasak dengan wan kena masuk dapur sorok-sorok nanti Aki marah. Pernah sekali tu aku cuba goreng cekodok. Entah macam mana cekodok tu boleh pulak meletup dan terpercik la minyak sikit kat muka aku. Apa lagi bisinglah aki. Habis dengan wan sekali dia marah. Bila fikir balik lawaklah aki ni. Dulu apa aku nak mesti dapat. Petik je jari konem dapat. Walaupun lambat mesti dapat jugak. Tapi ramai budak takut dengan aki sebab aki garang. Garang sangat-sangat. Ramai orang kenal aki sebab aki ada kereta yang ada harimau silver kat depan pastu bunyi hon dia pelik boleh main tukar-tukar. Tapi dalam garang aki ni sebenarnya dia suka menyakat. Suara dan misai dia tu yang buat budak-budak takut. Itulah aki yang paling aku sayang. Tempat aku membebel benda yang karut-karut. Bantal peluk aku waktu malam. Buaian aku bila bosan. I miss u so much aki. I wish that u were here courage me, hug me and tell me  that u will always by my side...



~Al-Fatihah~

Sunday, July 29, 2012

Pertemuan yang tak dijangka...

Aku takkan lupakan tarikh semalam yang membawa seribu makna dalam hidup aku (tapi dalam keadaan aku sekarang mampu ke untuk aku mengingati semua itu...sedangkan semakin hari banyak perkara yang aku lupa...). Allah Maha Besar kerana telah menemukan aku dengan kawan lama yang sudah 10 tahun tak jumpa. Kawan yang paling rapat dengan aku ketika sekolah rendah dan kawan yang sentiasa mendorong untuk aku berubah. Zul namanya. Terkejut juga semalam sampai tak tahu nak cakap apa.

Kami memang rapat ditambah pula keluarga dia ada hubungan dengan keluarga aki (keluarga belah abah)...(tapi tak ingat la hubungan yang macam mana...cuma yang pasti bau-bau kentut la...). Tambah pulak, opah aku kenal ayah Zul ni sebab opah cakap kawan arwah atok dulu (tapi aku tahu semua ni lepas aku da lost contact dengan Zul...dan bila aku cakap kat opah aku kawan dengan anak dia, opah terus cakap kawan elok-elok... O_o  ). Sebenarnya ramai tak suka aku rapat dengan Zul sebab Zul ni ada ramai admire. Tapi bila aku duk sakat dia dengan admire2 dia tu mesti dia marah. Kalau dia marah cute sangat...ppuing...ppuing...

Habis sekolah rendah, kami terpisah sebab dia masuk sekolah agama dan aku masuk sekolah lain. Lepas tu form 3 aku da tukar ke Kuala Lumpur. Aku pernahlah jugak tanya kawan-kawan lama pasal dia tapi diorang pun tak dapat berita apa-apa pasal dia.

2008, kawan aku mesej dia cakap Zul tanya pasal aku dan dia mintak emel aku. Aku rasa nak melompat je time tuh. Tapi sayangnya kami tak dapat jumpa sebab dia da fly ke Morocco. Sejak dari hari tu, aku dengan Zul kembali berhubung melalui emel (kekok jugak memula dulu...). Sesekali ada jugak chatting tapi disebabkan waktu dekat sana tak sama dengan waktu Malaysia so susah sikit kami nak chatting selalu. Ayat-ayat dia makin sopan tapi kadang-kadang ada jugak gila-gila dia.

Bila dia dapat tahu aku da berubah, dia tak terkejut pun cuma dia harap aku dapat jadi Anis yang dia kenal dulu. Aku sedih sangat time tuh. Aku pun tak tahu mengapa aku yang sedih sangat. Lepas tu aku cuba berubah sikit-sikit tapi aku gagal. Aku malu dengan dia so aku block dia dari FB. Aku tak nak dia tengok kehidupan aku. Tapi dia still kontek aku melalui emel dia cakap jangan block dia sebab aku masih kawan dia. Aku cakap aku tak mampu nak berubah sebab aku takde kekuatan untuk itu. Selepas itu, aku rasa dialah kekuatan aku sebab setiap kali dia emel aku dia akan selitkan doa untuk aku amalkan dan nasihat sebagai peringatan untuk aku. Dia cakap setiap nasihat yang diberikan oleh orang sekeliling kita bukan datang dari individu itu tapi datang dari Allah.

Penghujung 2010, aku ceritakan pasal Zul kepada emak aku. Entah mengapa aku tergerak hati untuk bercerita pasal Zul dekat mak dan Zul lelaki pertama yang aku ceritakan pada mak. Tengok mak tersenyum lebar aku rasa lega. Lega yang tak tahu untuk apa.

Semalam kami berjumpa semula. Tinggi betul orangnya. Makin sopan dari dulu dan kami sempat bertukar no telefon. Tuhan lebih mengetahui mengapa pertemuan itu terjadi walaupun sesingkat itu. :)

Wednesday, July 25, 2012

Sudah Cukup Sudah~

Hari ni terkejut gila cuz dapat kol from someone yang da lama tak kontek (btw xde la lame sgt....tp lme la jugk...). So, aku assume dia cuma TERdial nombor aku and TERmiss called aku. Sebab no point dia kontek aku balik. Setiap kali kami kontek balik konfem akan gaduh. Masing-masing sibuk cari salah masing-masing pastu tunding menunding. BOSAN!!!

Dan paling aku tak faham kenapa dia perlu muncul bila aku da jumpa kebahagian aku (walaupun kebahagian yang aku temui tu bukan sesuatu yang pasti tapi cukup untuk buat aku gembira..). Sejauh mana cinta pertama sukar dilupakan dan rasa sayang itu akan bertahan. Memang aku sayang dia tapi da tak seperti dulu. Baki sayang itu kalau terus diusik memang akan buat aku sakit. Kisah lalu jangan diungkit. Biarlah aku dengan kehidupan aku sekarang andai kepastian untuk bersama di masa hadapan masih kabur. Awak sendiri tak mampu untuk meyakinkan saya. Hanya pandai bermain kata-kata dan awak sangat hebat meletakkan kesalahannya pada saya. Itu adalah perkara yang amat saya kagum. 








Awak,
     Perkara yang lepas biarkan berlalu. Jangan ditanya tentang perasaan saya terhadap awak. Jika saya mampu biarkan awak bahagia dengan perempuan lain, kenapa tidak awak izinkan saya bahagia dengan kehidupan. Sudah hampir 10 tahun kisah kita berakhir kenapa perlu dikenang sehingga sekarang. Andai benar perpisahan kita dahulu merupakan kesalahan saya, maafkanlah. Jangan berdendam. Saya tak mampu kembali kepada awak. Cukuplah, biarkan semuanya berakhir.....

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

     Tanggal 21 Julai 2012 maka bermulalah seluruh umat Islam (ada yang da start pose arini...tp kat negara lain la..). Aku berazam pada Ramadhan tahun ini untuk lebih berusaha menjadi insan yang lebih baik terutama pada pandangan Penciptaku. So, dari semalam aku me'revise' nasihat-nasihat yang pernah orang sekeliling aku yang inginkan aku kembali pada diri aku yang dulu. Ada juga nasihat-nasihat yang agak susah untuk aku ikutkan. Apabila mereka menyuruh aku meninggalkan kawan-kawan yang kurang baik. Pada aku agak susah nak turutkan nasihat tu kerana mungkin kawan-kawan aku itu nampak kurang baik tapi mereka tidak nampak kebaikkan yang ada pada kawan-kawan aku tu. Habis tu nak buat macam mana. (InsyaAllah aku mampu berubah walaupun aku masih berkawan dengan mereka kerana aku masih ada sahabat yang sentiasa mengingatkan aku untuk melakukan kebaikkan.

     "Perubahan dimulai dari diri sendiri. Jika perubahan itu baik maka seseorang akan baik, dan sebaliknya jika perubahan itu buruk maka dia akan buruk. Permulaan adalah dari dalam diri seseorang. Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa kita adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Jika seseorang dalam kesolehan maka kenikmatan akan berkekalan, kesihatan akan bertahan dan petunjuk Tuhan akan selalu menyertai" kata-kata ni aku petik dari blog En.Abdul Razak. Sangat memberi perangsang untuk aku berubah. AMIN~



     بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. [ QS ar-Rad 13:11 ]

Monday, July 16, 2012

Mak dan gulai nangkanya....

Pn. Anizah bt Ahmad bukanlah seorang yang terkenal dengan sikap kuat membebelnya. Tapi dalam sesetengah hal dia mampu membebel dengan menggunakan trademark yang mampu diingati oleh kami adik-beradik. Bukan setakat adik-beradik je, makcik-makcik aku pun dah hafal trademark tu. Hebatkan.

Trademark tu biasa digunakan bila aku tak pandai masak sesuatu lauk atau adik perempuan aku malas tolong dia masak. Mula-mula aku tak perasan tapi adik aku lah yang cakap. Dia akan cakap camni, 

"Engkorang tau tak mak dulu umur 9 tahun dah pandai buat gulai nangka sendiri. Takde sape pun yang ngajarnye. Dulu kelapa bukan bukan guna mesin, guna kukur. Dapat ngat santannya. Nangka tu siap gi kait dari pokok". 

Itulah trademarknya. Kami da boleh hafal da. So,setiap kali kami guna trademark tu masa mak tengah membebel konfem mak akan senyap. Kengkadang tu mak baru je cakap "mak dulu...." kami terus sambung. Akhirnya mak gelak je. Tapi pernah jugak kena marah sebab kami main-mainkan dia. AMPUN mak. Nak buat macam mana, anak-anak mak ni nakal sangat. 

Tuesday, June 26, 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita sukar meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

#renung-renungkan dan selamat beramal......

copy n paste n alter cikit2http://president-cinta.blogspot.com

Monday, June 11, 2012

Masihkah Ada Kepercayaanku Untuk Sang Adam???

Disaat aku mencari cinta,
Aku percaya bahawa kepercayaan adalah kunci utama kebahagiaan..
Lalu ku letakkan kepercayaanku pada sang Adam yang hadir menyentuh hatiku,
Tapi kepercayaanku dibalas dengan pendustaan,
Terasa diri ini dikhianati,
Sakit yang tidak akan hilang...

Namun siapa sangka, sakit itu berkurangan apabila hadirnya seorang lagi Adam,
Kehadirannya sangat membahagiakan dan menceriakan hariku,
Dan aku yakin dialah untukku,
Janjinya akan sentiasa bersamaku dalam apa jua keadaan,
Aku percaya...

Kini Adam itu hilang entah kemana,
Hilangnya tanpa kata,
Perginya bersama janji yang dimungkiri,
Terasa sukar untuk aku mempercayai Sang Adam...

Tetapi seorang lagi Sang Adam hadir,
Cuba menagih kepercayaan dariku,
Mencari peluang mendekati aku,
Menyelongkar ruang di hatiku,
Namun, Masihkah ada kepercayaanku untuk sang Adam???

Wednesday, May 23, 2012

J..O.D.O.H??????

JODOH....tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal jodoh..ni semua bermula bila En.Hawari buka topik pasal ANDALUSIA...entah apa mimpi dia buka topik ni....dia tak tahu ke bukan sume andalusia nak jadi andalusia tapi tu semua pasal JODOH...

Pernah tak korang terfikir kalau korang berada dekat  Jln Masjid India contohnya, dalam ramai-ramai makhluk Tuhan tu ada jodoh kita kat situ...tak pun member satu U dengan kita...entah mamat atau aweks  yang kita berselisih tiap-tiap hari tu jodoh kita...kita tak tahu kan...???

Jodoh Allah sangat unik...kadang-kadang kita tak jangka jodoh kita adalah seseorang yang paling rapat dengan kita...tak pun orang yang paling kita benci...adakalanya jodoh kita adalah seseorang yang kita baru kenal...ada orang cakap rupa jodoh kita nanti ada iras dengan wajah kita...yang sudah bertemu jodoh cakap jodoh mereka sekarang mempunyai banyak persamaan...tapi ada jugak yang cakap jodoh kita nanti seseorang yang sekufu dengan kita...tak kisahlah banyak mana yang cakap JODOH ITU RAHSIA ALLAH...walaupun kita mempunyai minat dan perangai yang berbeza (ada yang jenis kalau berjumpa asyik nak bergaduh je..)...tapi kalau sudah tertulis dia jodoh kita tiada apa yang dapat mengubanya...kekadang aku tertanya bagaimana jodoh aku nanti...


 “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah diciptakanNya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri, supaya kamu mendapat ketenangan hati, dan dijadikanNya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaranNya bagi orang-orang yang berfikir”
( QS. Ar-Ruum : 21 )



Kebanyakkan kawan-kawan aku sudah berjumpa dengan jodoh mereka...ada yang bakal berkahwin, sudah berkahwin dan ada yang da ada anak dua tiga pun...aku pulak masih menanti tuan empunya tulang rusuk ini...siapa dan bila dia akan hadir hanya Allah yang tahu..


Pernah aku tanya kawan-kawan aku yang dah kahwin tentang macam mana mereka tahu suami yang mereka nikah tu adalah jodoh mereka...mereka cakap, mereka pun tak tahu sehinggalah saat mereka diijab kabul...pastu aku tanya lagi macam mana mereka boleh terima lamaran lelaki tu...mereka jawab ada sesuatu yang membuat mereka terima lamaran lelaki tersebut dan bukan kerana cinta semata-mata....(wahhh...so sweet...jelesnyeeee)

Bagi sesiapa yang belum bertemu jom amalkan doa ni...mana tahu Allah mampu dekatkan jodoh kita yang jauh...doa ini ikhtiar kita...selebihnya serahkan pada Allah...AMIN~



Sunday, May 20, 2012

~KePaDa EnGkAu YaNg BeRnAmA cInTa~

Kepada engkau yang bernama cinta,
Maafkan aku kerana tidak dapat menerima kehadiranmu,
Bukan kerana aku tidak cinta tapi kerana aku takut,
Kerana cintalah aku begini..
Aku menyingkirkan rasa itu di saat ia mula menjengah,

Kepada engkau bernama cinta,
Pengalaman lepas membuatkan aku lebih berjaga-jaga,
Sehingga aku takut menerima dan memberi,
Bila aku sedar rasa itu hadir,
Segera aku kebumikan jauh didasar hati,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Dulu aku pernah rasa bahagia keranamu,
Engkau membuatkan aku berasa sempurna,
Tapi kini aku rasa terseksa, aku rasa terluka,
Pedih...


Kepada engkau yang bernama cinta,
Aku tidak tahu siapa yang bersalah antara kita...

Mungkin aku yang tak memahami...
Atau cinta yang terlalu kejam,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Ada ketika aku merasakan aku memerlukan engkau,
Namun ada ketika aku rasa lebih elok jika engkau menjauh,
Cukup serik untuk terjatuh dan terluka.

Kepada engkau yang bernama cinta,
Andai engkau ditakdirkan untuk aku ,
Maka aku harapkan biarlah kehadiranmu membahagiakan,
Semoga rasa cinta itu mampu menyembuhkan luka lama


Friday, May 18, 2012

~S.E.N.Y.U.M~

~mY lOvE's StOrY~


Sudah lama mencari, tapi tak ku temui rasa yang selalu ada di hati...bermula di FACEBOOK you IM I dulu, tak tahu malu...gatalnya diri you membuat I terjatuh...bila kita da start mengada, kita mula bermain mata, borak panjang-panjang...sikit-sikit je I merajuk you selalu sabar pujuk...tapi sebenarnya I cuma test you saja...mula timbul rasa bahagia...kini aku temui jalan cerita cinta...sekian lama mencari cinta...dulu cinta tiada lagi dan aku masih mencari-cari kerana hatiku sanggup menunggu cinta darimu...memang benar aku sudah jatuh cinta...memang benar aku hampir jadi resah...bila cinta darimu hadir bagai lena dari mimpi...let me tell you that I love you and I never wanna wrong you...take my hand baby...come, go through with me...let me tell you that I miss you and I never wanna lose you...you're my heart baby...my life is incomplete without you...kekadang hatiku bertanya adakah dia dah berpunya kerana aku berasa aku jatuh hati padanya...aku ingin memilikinya...aku ingin menjaga dia...aku ingin mencinta dia...aku ingin hidup dengannya...memang benar aku sudah jatuh cinta...memang benar kata hatiku padamu...tapi aku tak kuasa mengatakan padamu rasa cintaku...mungkinkah aku kan berjumpa dengannya untuk meluahkan rasa...mungkinkah aku kan berdiam diri saja...menunggu cinta darinya...dalam pada I gembira sometimes I feel so sad juga cause you dah berpunya...but I always want you to be mine forever...




#until now I never tell him bout it~

Tuesday, May 1, 2012

Sempurna dalam kekurangan..itulah KELUARGA saya~

Disaat mereka berbicara betapa mereka berbangga dengan keluarga yang mereka ada sekarang. Sedangkan aku hanya berdiam dan berfikir sejenak apakah makna sebuah keluarga dalam hidup aku. Adakah keluarga aku sesempurna keluarga mereka?

Dibesarkan oleh wan dan aki dari kecil, membuatkan aku sukar mendefinisikan makna keluarga. Walaupun sepanjang dibesarkan oleh wan dan aki, aku tak pernah rasa ada sedikit pun kekurangan dari segi luarannya tapi secara peribadi aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku ada dua adik tapi semua duduk terpisah-pisah. Seorang tinggal dengan opah (keluarga mak) dan seorang lagi dengan mak dan abah di KL. Mak dan abah pula da bercerai waktu umur aku 14 tahun dan selepas itu baru aku duduk di KL bersama emak dan adik-adik aku. Abah memang jarang kami jumpa bukan sebab mak yang halang tapi abah terlalu sibuk dengan keluarga baru dia. Pada mulanya, aku sangat benci mempunyai keluarga macam ni kerana keluarga aku tak sama seperti keluarga lain. Aku selalu menyalahkan mak dan abah kerana meninggalkan aku di bawah jagaan wan dan aki sejak dari lahir. Tapi persepsi aku mula berubah selepas aku menyelami hati mak, mendengar alasan dia meninggalkan aku di bawah jagaan wan dan aki sehingga aku dipisahkan dengan adik-adik aku, dan memahami mengapa penceraian harus berlaku antara mak dan abah. Aku rasa bersalah kerana menyalahkan mak selama ini dan baru aku tahu betapa susahnya kehidupan dia selama ini lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan abah.

Kini, dia sendiri membesarkan tiga orang anaknya dengan kudrat dia dan pada kami adik beradik dialah abah, dialah mak. Kehidupan kami tak semewah kawan-kawan aku yang lain tapi alhamdulillah mak tak pernah biarkan kami kebulur meskipun abah jarang menghulur. Mak tak pernah minta bantuan sesiapa walaupun dari keluarga sendiri. Pada dia biarlah susah payah dia tanggung sendiri. Walaupun kadang-kadang ada permintaan kami yang mak tak mampu nak penuhi tapi semua tak pernah menjejaskan hubungan kekeluargaan kami sebab mak selalu ada bila kami perlukan. Luaran orang lihat keluarga aku dilihat tidak sempurna kerana tiada lelaki yang menjadi ketua keluarga tetapi semua itu tak penting selagi mak ada bersama kami kerana KESEMPURNAAN keluarga aku terletak pada ketabahan mak membesarkan kami dan kasih sayang yang kami miliki.






Mak, thanks for everything. I wish that I could make you happy forever. K.long akan usaha untuk ubah nasib keluarga kita.  You teach me a lot bout life. I gained a lot of experience from you.You are my strength that helped me to get through this terrible world. I can't imagine my life without you (even I'm just doing fine for the past 7 years but now seriously I can't). Mak, I LOVE YOU SO MUCH.

Thursday, April 12, 2012

Mudahnya ditipu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila ditipu nak salahkan siapa ye???mangsa a.k.a AKU atau si penipu a.k.a MEREKA???...Mungkin aku yg patut disalahakan sebab mudah sangat percaya kata-kata mereka...sedangkan semua orang tahu ayat lelaki memang tak boleh dipercayai...aku tak belajar dari kesilapan ke ek??

Tapi bila aku da betul-betul tertutup pintu hati, boleh pulak diaorang cakap:
"Tak semua lelaki cam tu..percayalah..."
"Tak baik hukum lelaki lain hanya kerana seorang lelaki.."
"Saya bukan mereka yang tak tahu menilai awak.."
~Ya Allah, pandainya kaum Adam ini berkata-kata...

Dan bila aku mula berkawan dengan mereka, mereka memang layan aku baik sangat...care giler...24/7 texting, chatting n calling...so aku assume diaorang single...kalau tanya pun diaorang akan jawab "Yes, I'm single"...pepaham jela kalau mereka da kata mereka single confirm kita akan menggedik lebih kan?and sedikit harapan untuk ke arah lebih dari kawan tu akan wujud...maklumlah bila hati da dikecewakan and dilukakan tetiba hadir kaum Adam yang sangat prihatin sikit sebanyak terubat juga luka tu...malangnya~(malang sangat) diaorang da berpunya...lebih sedih bila kekasih diaorang orang yang kita kenal...

Tapi sedih yang aku rasa bukan sedih sebab tak dapat memiliki dia...tapi sedih sebab mereka bermati-matian menafikan status diaorang...aku bukannya apa, aku takut aku akan melukakan hati kaum aku...tiada siapa boleh terima cara aku berkawan dengan lelaki...jadi bila aku tahu mereka da berpunya, sekurang-kurangnya aku boleh jauhkan diri aku dari diaorang...and tak berharap apa-apa... =(

Kalau betul mereka ikhlas nak berkawan dengan aku, tolong jangan tipu...sebab diaorang mungkin akan melukakan hati banyak pihak...tolonglah ingat bahawa aku adalah wanita yang selalu melakukan kesilapandalam sesuatu perhubungan...

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :


✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

Thursday, March 22, 2012

22032012

Tak tahu nape malam ni jadi sebak,sedih,syahdu dan macam-macam la...tolong la...it is a day before the best day in my life...i should be happy...

My mistake gi baca blog yg sedih gile (try la bace~ce klik je...)..lepas tu melarat-larat bila fikir benda lain...lagi sedih bila housemate duk webcam ngan member dia (laki and blaja kat MESIR ok!!!) and member dia tu baca al-Quran...syahdu gila...tetiba terfikir alangkah bagus kalau dapat hubby camtu... =) 
*Allah tak kasi apa yang kita mahu tapi Allah akan kasi apa yang kita perlu...(noted!)

Kan best kalo dapat stopkan waktu~




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, March 20, 2012

Mula dah minah ni....



(Sengih sorang-sorang dulu....)

Kejadian petang tadi kalau fikir balik memang lawak...huhuhu...ni bukan first time tapi da banyak kali and bukan dengan dia je...orang lain pon sama...cuma tadi cam kelakar terlebih...mana tak nya kat luar punyalah banyak cakap (tadela cakap face to face...via FB actually...)...tapi bila jumpa buat muka toye macam tak pernah kenal langsung...sengih pon tak...hahahahaha....budak-budak ni semua pelik tengok kami... =) 

Sebelum ni pon pernah jadi tapi dengan orang lain...terjumpa kat kedai makan...memula aku tak tahu dia ada kat situ...lepas budak-budak ni bagi hint barulah aku tahu dia ada...kat fb chatting punyala gempak siap main mesej lagi ajak kuar...tapi bila da jumpa, tegur pun tak...aku pulak langsung tak pusing belakang tengok dia,sanggup duduk keras kat kerusi tu... (sebab dia duduk belakang meja aku time tuh...)dia lak langsung tak tegur...dia da balik barulah dia mesej cakap aku SOMBONG...(O.o)

Mana ada sombong la...just sedikit PEMALU...percaya tak???sumpah la TAK PERCAYA!!!! (=.=)'


Betullah~ Memanglah kat luar nampak cam budak lepas laku (tu mak yang cakap...bile aku asek buat something yang out of mind and totally tak menunjukkan ciri-ciri gadis melayu...huhuhuhu) TAPI....SAYA ni pemalu tau tak...jenis pemalu yang cepat gelabah...lebih-lebih lagi bila nak kena face to face ngan orang yang tak pernah lagi jumpa face to face...kekadang tu bila terpaksa gak jumpa diorang aku da praktis siap-siap dialog...ngee~ kalo tak sure disaster dan merapu...tapi tahap gelabah tu da boleh control sikit-sikit...hahahaha....nak tunggu aku tegur dulu memang tak la...tapi kalo da mula tegur and kenal aku, memang aku korang akan label aku sebagai mulut murai...non stop talking...hehehe...so plz jangan cakap aku sombong.... =(

*terasa nak wat  novel je kes tadi....hakhakhak..


_________________________

Monday, March 19, 2012

Tahukah Wahai Adam~

Semalam chat wif someone ni tetiba dia ajak couple...weird jugak sebab tak kenal pon mamat tu tetiba ajak couple...and cam biase aku tolak sebab tak rasa nak ada serious relationship dengan sesiapa buat masa ni (even kat FB selalu letak status gedik nak kapel...tp tak terasa nak terima sesiapa)...lepas tu tengah duk pikir punya pikir pasal couple-couple ni...tetiba terlintas persoalan ni dalam kepala otak aku...DAN PESANANKU KEPADA LELAKI~


ADAKAH MEREKA TAHU???
(masuk mood skema jap....)


Ustaz Azhar Idrus cakap...HARAM...jika seseorang lelaki membuat seseorang wanita menyukainya tapi tidak mempunyai niat untuk memperisterikan wanita tersebut...jadi adakah mereka sedar akan tindakan mereka untuk bercinta dengan seorang wanita itu mungkin menyebabkan mereka berdosa sekiranya mereka tidak mempunyai niat untuk menikahi wanita tersebut....?????

# wahai lelaki, aku sebagai perempuan yang  mempunyai hati yang rapuh dan mudah tersentuh...janganlah kau cuba untuk mendekatiku dan menyentuh hatiku seandainya kau tidak mempunyai niat untuk memperisterikanku...=)




Sudah cukup sedia ke???


Andai kata, seseorang lelaki itu memang berniat untuk memperisterikan kekasihnya, adakah mereka sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menanggung dosa-dosa si isteri dan anak-anaknya nanti....????

#wahai lelaki, aku bukanlah wanita sempurna...terlalu banyak kekurangan dalam diri ini...aku perlu bimbingan dan sokongan agar aku mampu menjadi sempurna...







*Renung-renungkan dan selamat beramal~




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, March 16, 2012

IKHLAS A.K...

ADAM KHALIS n NUR KASEH KAISARA.....<3


Baru hari ni dapat khatam baca novel ni...sangat best~ even mula-mula cam bosan sikit tapi jalan cerita dia bila da sampai tengah-tengah sangat menarik...macam mane NUR KASEH KAISARA, seorang playgirl yg kaya tahap maha dewa dan dari kecik tak pernah langsung diberi didikan agama tapi cuba mengayat ADAM KHALIS yang kaya jugak tapi sangat sopan and nak kata alim tak alim sangat...cuma dia tahu batas agama...and sebenarnya ADAM KHALIS da fall in love kat NUR KASEH KAISARA at the first sight sebelum Kaseh try propose Adam jadi BF dia....huru-hara bermula apabila Adam kena didik Kaseh pasal agama and hubungan diorang ni semua orang tak suke.... =(


Sedikit sebanyak novel ni teach me pasal agama and tak salah pon kalo GURLS yang try approach GUYS tu dulu... Before ni da pernah baca novel JAJA & DIN...novel tu pon cerita pasal JAJA yang gi pinang DIN jadi husband dia....semua tu tak mustahil kan???? (cam da jumpa target yg perlu approach jer~huhuhu...)


Semasa baca novel ni aku selalu anggap aku adalah Kaseh...dan berharap di alam realiti aku mampu memiliki seseorang seperti Adam...mampu membimbing aku and sentiasa ada untuk aku bila aku down...even watak Adam dalam novel ni sangat cool gila cam takde perasaan ponye jugak tapi dia take care Kaseh sangat...

#bagusnya kalau aku dapat Adam Khalis aku sendiri....

"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~