Kepada engkau yang bernama cinta,
Maafkan aku kerana tidak dapat menerima kehadiranmu,
Bukan kerana aku tidak cinta tapi kerana aku takut,
Kerana cintalah aku begini..
Aku menyingkirkan rasa itu di saat ia mula menjengah,
Kepada engkau bernama cinta,
Pengalaman lepas membuatkan aku lebih berjaga-jaga,
Sehingga aku takut menerima dan memberi,
Bila aku sedar rasa itu hadir,
Segera aku kebumikan jauh didasar hati,
Kepada engkau yang bernama cinta,
Dulu aku pernah rasa bahagia keranamu,
Engkau membuatkan aku berasa sempurna,
Tapi kini aku rasa terseksa, aku rasa terluka,
Pedih...
Kepada engkau yang bernama cinta,
Aku tidak tahu siapa yang bersalah antara kita...
Mungkin aku yang tak memahami...
Atau cinta yang terlalu kejam,
Kepada engkau yang bernama cinta,
Ada ketika aku merasakan aku memerlukan engkau,
Namun ada ketika aku rasa lebih elok jika engkau menjauh,
Cukup serik untuk terjatuh dan terluka.
Kepada engkau yang bernama cinta,
Andai engkau ditakdirkan untuk aku ,
Maka aku harapkan biarlah kehadiranmu membahagiakan,
Semoga rasa cinta itu mampu menyembuhkan luka lama