Bahagia kejap semalam apabila masakan yang aku cipta sendiri (tapi rasanya ada je kot yang da buat resepi tu...) mendapat pujian dari mak dan ateh. Bukan senang nak dapat pujian dari diorang ni. Selalunya ada je yang tak kena. Pernah sekali tu aku goreng sawi macam aku selalu masak tapi tetiba mak cakap " Batang sawi awak liat. Masak tak letak air la tu." Padahal melaut kuah aku buat dan pada aku tak liat pun. Tapi semalam semua cakap sedap dan mintak resepi. Bahagia sangat.
Semalam aku namakan masakan aku sebagai Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya<--terpengaruh dengan Azwan Ali dalam Masterchef Selebriti. Sebenarnya ni ayam goreng rempah yang tak berapa nak rempah. Sebab tu la aku rasa macam ada je kot orang yang pernah masak ayam ni. Resepi ni tercipta apabila minggu lepas ateh aku suruh buat ayam goreng biasa (just gaul garam dan kunyit) tapi disebabkan aku ni tak makan sangat ayam goreng biasa ni plus ayam tu macam da lama sikit. So selongkar dapur jumpa lada hitam, aku pun ambik lada hitam tu tumbuk dan letak dalam ayam yang da gaul dengan garam dan kunyit lepas tu goreng macam biasa. Waktu ni diorang tak komen lagi tapi bila tengok diorang macam banyak je makan ayam tuh aku tahu confirm la sedap. HUHUHU..
Selang beberapa hari mak aku suruh buat ayam goreng biasa lagi. Bosan betul. Pastu aku plan nak buat lagi sekali resepi ayam aku tu. Tapi kali ni aku tambah jintan manis dan jintan putih. Untuk resepi kali ni diorang cakap best. Tapi pujian yang biasa jela.
Tetiba semalam mak call dia cakap sila buat ayam macam hari tu. Aku pun apa lagi awal-awal lagi aku da masuk dapur.berbunga-bunga hati nak masak. Kali ni aku perap jap ayam tu pastu aku buat kuah sikit. Yang pasal kuah tu aku terfikir bila teringat waktu aku sekolah dulu bila aku malas masak aku selalu buat ayam goreng kunyit cara aku. Adik-adik aku suka sangat ayam tu. So aku pun rasa macam nak kembalikan moment tu dalam resepi aku. NOSTALGIA BETUL!!!
Bila tiba waktu makan, ateh aku tanya aku letak apa dalam ayam tu (time tuh da rasa macam iklan Panasonic je...NGEEE~). Aku pun cakaplah aku letak apa. Pastu mak dan ateh cakap sedap dan suruh buat resepi tu kat kampung nanti yang mempunyai jumlah pengkritik masakan agak ramai. Maka ini membuktikan resepi aku DITERIMA!!! yeay~
So, aku nak share sikit resepi kat dalam ni sebagai rujukan aku pada masa akan datang sebab aku ni pelupa sikit. Kalau korang nak cuba pun boleh. :)
Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya
(nama ni aku ambil sebab ayam tu cam pedas2 sikit..)
1/2 ekor Ayam
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan untuk kuah:-
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 inci halia (hiris halus)
sedikit air (ikut rasa hati nak banyak mana)
sedikit Secukup Rasa Maggi (kuah dia tak guna garam sebab ayam tu rasa dia kuat so guna secukup rasa je)
Camne nak buat?
Memula basuh rempah untuk perap tu dan goreng kering. Goreng sampai naik bau tapi jangan hangus. Lepas tu tumbuk sampai jadi serbuk. Gaulkan rempah yang dengan ayam, serbuk kunyit dan garam. Perap dalam setengah jam.(Kalau nak danging ayam tu cam lembut-lembut sikit sila beranikan diri letakkan sedikit cuka dalam 1 sudu besar. Tapi memandangkan adik laki dan mak ada gastrik yang agak teruk tapi tak sangat so aku tak letak cuka tapi aku kengkadang aku perap dengan sos tiram untuk kasi lembut daging ayam tu). Lepas perap boleh goreng. Terpulang kat korang nak buat deep fry or goreng dengan minyak sikit. Tapi seelok-eloknya kalau rasa kurang mahir nak goreng dalam minyak sedikit sila goreng secara deep fry untuk ayam tu masak dengan sempurna. Sebab first try aku buat goreng ayam dengan minyak sedikit, ayam tu tak masak sepenuhnya tapi sekarang da ok. Lagi satu kalau korang tak nak ayam tu melekat kat kuali before letak ayam sila panaskan minyak dengan asam keping. Cara tu boleh mengelakkan ayam melekat kat kuali dan ayam tu akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap. Boleh juga apply time nak goreng ikan sebab nant ikan tu akan jadi garing dan tak melekat kat kuali. Lepas da siap goreng ayam tu toskan minyak dia dan letak kat tepi dulu.
Untuk kuah, tumis bawang besar dan halia sampai naik bau dan bawang tu macam layu-layu sikit. Lepas tu masukkan sos tiram dan air. Aku suka kuah yang pekat so aku letak sikit je air. Jangan lupa letak secukup rasa dan ayam yang da goreng tadi. Kacau-kacau pastu angkat dan hidang. YUM~YUM~
# tak dapat nak upload pic sebab terlupa nak snap......