Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

kisah KITA berDUA


Izinkan aku ceritakan segala
Pandai-pandailah mereka menilai nanti
Kerana hanya kita yang melalui
Hubungan yang penuh duka dan ketawa
Kisah bermula di alam maya
Salam perkenalan pembuka bicara
Walaupun realiti pernah berjumpa
Mulut terkatup tanpa bicara
Hari demi hari semakin mesra
Sudah pandai bergurau senda
Timbul keserasian dalam jiwa
Bercerita hingga Subuh menjelma
Terkadang terasa hubungan ini suatu jenaka
Bila berjumpa malu pula yang dirasa
Tiada bahasa meluahkan kata
Hanya mata isyarat bahasa
Kami pernah saling bertanya
Mengapa begitu acap kali bersua
Namun jawapannya entah ke mana
Bukan berselindung atau berpura
Tapi itulah kami seadanya
Satu pinta ku dari mereka
Benarkan kami bersahabat selamanya
Usahlah dipersoalkan hubungan yang tercipta
Kerana ia terbentuk tanpa kami rencana
Hanya ditakdir Allah kami berjumpa

Tuesday, December 4, 2012

JIka~

Jika cinta itu buta, 
jangan biarkan mata kita juga terpejam..
Jika rindu itu bisu, 
biarkan sahaja lidah meluahkannya..
Jika sayang itu lumpuh, 
gerakkan kurniaan tuhan untuk menunjukkan kasih..
Jika dia orangnya, 
terimalah dia seadaanya..

Saturday, November 24, 2012

Aku dan Kamu..

Aku di depan kamu dan kamu di depan aku,
Kita selesa begitu,
Aku bercerita tentang aku agar kamu lebih mengenali aku
Dan...
Kamu bercerita tentang kamu supaya aku mampu memahami kamu..
Kita juga bercerita tentang mereka yang entah siapa,
Tetapi itu tidak penting hanya sekadar iklan dicelah kisah kita,
Perlu diutamakan kisah aku dan kamu,
Kerana mungkin disebabkan kisah itu kita bersatu,

Monday, June 11, 2012

Masihkah Ada Kepercayaanku Untuk Sang Adam???

Disaat aku mencari cinta,
Aku percaya bahawa kepercayaan adalah kunci utama kebahagiaan..
Lalu ku letakkan kepercayaanku pada sang Adam yang hadir menyentuh hatiku,
Tapi kepercayaanku dibalas dengan pendustaan,
Terasa diri ini dikhianati,
Sakit yang tidak akan hilang...

Namun siapa sangka, sakit itu berkurangan apabila hadirnya seorang lagi Adam,
Kehadirannya sangat membahagiakan dan menceriakan hariku,
Dan aku yakin dialah untukku,
Janjinya akan sentiasa bersamaku dalam apa jua keadaan,
Aku percaya...

Kini Adam itu hilang entah kemana,
Hilangnya tanpa kata,
Perginya bersama janji yang dimungkiri,
Terasa sukar untuk aku mempercayai Sang Adam...

Tetapi seorang lagi Sang Adam hadir,
Cuba menagih kepercayaan dariku,
Mencari peluang mendekati aku,
Menyelongkar ruang di hatiku,
Namun, Masihkah ada kepercayaanku untuk sang Adam???

Sunday, May 20, 2012

~KePaDa EnGkAu YaNg BeRnAmA cInTa~

Kepada engkau yang bernama cinta,
Maafkan aku kerana tidak dapat menerima kehadiranmu,
Bukan kerana aku tidak cinta tapi kerana aku takut,
Kerana cintalah aku begini..
Aku menyingkirkan rasa itu di saat ia mula menjengah,

Kepada engkau bernama cinta,
Pengalaman lepas membuatkan aku lebih berjaga-jaga,
Sehingga aku takut menerima dan memberi,
Bila aku sedar rasa itu hadir,
Segera aku kebumikan jauh didasar hati,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Dulu aku pernah rasa bahagia keranamu,
Engkau membuatkan aku berasa sempurna,
Tapi kini aku rasa terseksa, aku rasa terluka,
Pedih...


Kepada engkau yang bernama cinta,
Aku tidak tahu siapa yang bersalah antara kita...

Mungkin aku yang tak memahami...
Atau cinta yang terlalu kejam,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Ada ketika aku merasakan aku memerlukan engkau,
Namun ada ketika aku rasa lebih elok jika engkau menjauh,
Cukup serik untuk terjatuh dan terluka.

Kepada engkau yang bernama cinta,
Andai engkau ditakdirkan untuk aku ,
Maka aku harapkan biarlah kehadiranmu membahagiakan,
Semoga rasa cinta itu mampu menyembuhkan luka lama


"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~