Showing posts with label hikayat hati~. Show all posts
Showing posts with label hikayat hati~. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Selesakan Diri Untuk Terus Begini

Mungkin tindakan itu terlalu drastik...
Tapi aku terlalu lelah dengan perhubungan ini...
Lalu aku memilih untuk meninggalkan permainan perasaan yang terlalu memenatkan...

Aku harus belajar untuk terima semua ini...
Hadapi tanpa rasa sesal...
Jangan sekali berpaling lantas berkata:
"Kenapa aku memilih jalan begini?"
Kali ini akan kupastikan bahawa aku tidak akan menoleh lagi...

Aku harus terus melangkah...
Biarkan saja ia pergi...
Jika takdir telah tertulis...
Memberi ruang dan peluang untuk bersatu...
Tiada apa yang perlu aku khuatiri...
Oh, atau mungkin kalau sebaliknya...
Pasti ada yang lebih baik sedang menanti...

Bukan tidak pernah bersendiri berserta rasa kosong...
Tapi telah terbiasa didampingi dengan bunyian mainan hati...
Bila difikirkan kembali...
Kepada siapa harus aku tunding jari...
Mungkinkah pada orang yang selalu hadir bersama hembusan bayu kasih...
Atau kepada diri sendiri yang membiarkan kekosongan itu diisi dengan kepalsuan rasa...

Aku perlu kembali ke asalku dahulu...
Mencari tapak untuk berdiri dan terus melangkah...
Jangan terlalu bergantung kepada tongkat rasa kasih dan sayang...
Kerana untuk sesuatu tempoh tongkat itu pasti patah jika aku terlalu berpaut kepadanya...
Sesekali aku perlu buang tongkat itu...
Dan selesakan diri untuk terus begini...



Thursday, May 30, 2013

Alangkah bestnya kalau kisah cinta dia adalah kisah cinta aku.

Semalam dalam kelas EOP(English for Occupational Purpose) aku lepak dengan seorang kawan lelaki aku ni. Dia ni agak rapatlah juga dengan aku sebab kami banyak group assignment sekali. Entah macam mana borak punya borak, terkeluarlah kisah dia dan awek dia. Sweet gila kot. Aku yang mendengar ni puas tahan air mata sebab aku dapat rasakan alangkah beruntungnya perempuan tu dapat lelaki yang macam tu.  Tapi kalau korang tengok kawan aku tu, perangai tak semenggah. Bukan tak semenggah apa cuma dia tu gila-gila. Memang tak caya yang dia tu boleh jadi seromantik itu. Dan semestinya aku pun mengharapkan agar dapat seseorang yang macam dia.

Cerita dia macam ni.....

Dia kenal perempuan ni dalam Myspace waktu tu dia baru putus dengan ex dia. Dia cakap mula-mula tu dia nak main-main je dan dia pun tak tahu awek dia tu pun main-main jugak masa tu. Sebab susahkan nak percaya cinta melalui laman sesawang ni (bahasa jiwa bangsa betul aku malam ni). Dia cakap, dia tak tahu macam mana dan bila dia mula jatuh cinta dekat perempuan tu. Cuma yang dia sedar dalam setiap apa yang dia buat dia asyik teringatkan perempuan tu. Dia dulu player katanya. Ibarat kenal pagi, malam couple, esok keluar, malam esok putus. Hebat sungguh dia bertukar perempuan. Tapi semenjak dia kenal dengan perempuan tu, even dia keluar dengan perempuan lain dia tetap akan teringatkan perempuan tu. Bila dia duduk sorang-sorang dia akan teringatkan perempuan tu. Lama-lama dia rasa dia tak boleh. Dia ambil keputusan buang semua nombor skandal-skandal dia dan fokus pada perempuan tu. Beruntungkan perempuan tu (ok, aku jeles). Kalau korang nak tahu tahun ni genap 6 tahun dia couple. Lama gila. Nak nangis je rasa. Aku tanya dia, selama kenal dia takde ke perangai annoying yang awek dia tunjuk. Dia cakap ada tapi bila teringat semua tu dia akan tersenyum je. Sebab bila pikir balik semua tu benda kecik je. Ada sesuatu perkara yang aku tertarik dengan cerita dia which is DOA. Dari setiap apa yang terjadi antara dia dan awek dia mesti ada doa dan seolah-olah Allah memakbulkan setiap doa dia. Aku rasa itulah satu-satunya penyebab kenapa mereka masih lagi bersama. Nampak yang dia betul-betul ikhlas dengan perempuan tu. Semoga jodoh mereka berpanjangan. AMIN..





~waktu aku tulis cerita ni Mr.T duk tegur kat chat...malas nak layan.. tetiba rasa macam nak marah dia je.. tp sebenarnya ada bunga2 ckit la dalam hati bila dia tegur...hihihihi

Saturday, December 1, 2012

Apabila hikayat dongeng diteruskan...

OK..... Hikayat yang dikatakan berakhir dulu sebenarnya belum tamat. Hanya memberi laluan iklan dan sambungan dia sangat menarik. Insha Allah...

Hikayat dongeng diteruskan dengan babak yang semakin serius dan scene-scene yang mengada-ngada. Mungkin kerana masing-masing sudah mula memahami antara satu sama lain. Tapi hikayat dongeng kali ini lebih memberi tumpuan terhadap pembentukkan masa hadapan.
(Ok....da masuk mood merepek...)

Sebenarnya nak cakap yang hikayat ini belum berakhir.


Saya sayang awak tau....

Tuesday, November 27, 2012

Berakhirnya Hikayat Dongeng~

Tak ramai yang tahu tentang hikayat dongeng ini. Hanya orang yang rapat tahu kewujudan hikayat dongeng lagi mengarut. Kini hikayat itu telah berakhir. Seperti biasa jika aku yang mencipta hikayat itu, maka tiada pengakhiran yang gembira.

Selepas ini tiada lagi gurau senda antara kami, tiada lagi aksi-aksi pujuk memujuk..semua itu TIADA lagi selepas ini.  Semua akan kembali seperti sebelum aku hadir dalam hidup dia dan sebelum dia hadir dalam hidup aku. Aku yakin dia mampu tapi aku memerlukan masa yang panjang. Sebab aku sudah terbiasa dengan dia. Walaupun kelihatan hanya dia yang mencari aku tapi aku juga selalu menunggu dia.

Kenapa berakhir?
Entahlah. Mungkin aku yang terlalu beremosi atau dia sudah penat melayan aku. Kenapa aku terlalu fikirkan dia. Biarlah dia pergi. Aku bukan sesiapa pada dia. Nampaknya aku belum belajar dari kesilapan yang lepas. Malah aku makin teruk. Kenapalah aku jadi macam ni. Terlalu mudah menyayangi dan memberi hati. Selepas itu, aku yang bersedih. Awal lagi aku terlah mengingatkan diri aku agar tidak lagi menyerah hati ini selagi belum pasti. Tapi aku tewas, cepat benar aku menyerah. Terlalu mudah aku percaya.

Terlalu singkat hikayat ini. Tapi terlalu banyak yang dikongsi bersama. Dia menggembirakan aku, menemani, melayan kerenah aku tapi cuma kali ini dia penat. Mungkin. Tak apa saya maafkan awak.
Lepas ni aku akan rindukan "Mr.T si Chipsmore yang Tebal lagi Gemuk". Takkan ada "Ms.T si Pau Daging RM2.50". Takkan ada rengekkan mengada dia. Aku akan rindukan semua tu........

Jauh di sudut hati aku berharap hikayat ini tidak berkakhir. Aku nak hikayat ini diteruskan sampai bila-bila. Sebab aku terlalu sayangkan dia, dia lain dari yang lain walaupun ada sesuatu yang dia tahu tetapi dia tak tahu aku tahu apa yang dia tahu. Aku takkan ungkit sehingga dia sendiri yang memberitahu perkara itu.

Saya akan tunggu awak.......


Sunday, October 14, 2012

Mereka yang bercerita tentang aku

Lihatlah mereka,
Sedang bercerita tentang aku..
Aku di sebelah hanya mendiamkan diri..
Kerana aku tidak arif tentang diriku sendiri..
Mereka bercerita lagi..
Aku mendengar segala yang diceritakan..
Ada yang benar, ada yang salah..
Tidak ku iakan apatah lagi ingin menafikan..
Aku masih mendengar tanpa sebarang reaksi di wajah..
Biarlah mereka bercerita..
Kerana mereka lebih mengenali diriku...mungkin..
Setiap kata yang mereka lafaz bagaikan duri menikam hati..
Tapi kesakitan yang dirasa...
Tidak ku lantunkan di mulut..
Biarlah aku...
Berdiam diri seperti bisu...
Membuat tuli seperti pekak...
Biar hatiku tercarik, asalkan perasaan mereka molek..
Aku tidak mampu menghalang mereka dari terus bercerita...
Jadi aku akan terus di sini mendengar mereka bercerita...






# Bersabarlah~


Tuesday, October 2, 2012

Rasa itu ada, tapi belum bersedia.....

Menipu kalau aku kata dalam hati ni takde rasa nak bercinta atau nak ada kekasih. Tambah pulak bila jumlah kengkawan yang sudah berkahwin dan bertunang semakin ramai. Kadang-kadang rasa macam takde siapa yang "nak" dekat aku. Ok..so false!!! Ada je yang nak, cuma bukan dia. Ada orang lain yang sampai dulu walaupun aku dah kenal dia lama. Let me called the best man win as En. Bobop.

En. Bobop...
Aku baru je kenal dia tapi takdela baru sangat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjatuh hati kat dia. Nak kata dia ni jenis yang sweet macam madu memang tak la. Nak kata kami selalu share persamaan yang ada kami tak jugak. Sebab sampai sekarang aku tak jumpa apa-apa persamaan antara kami. Bila aku A, dia B. Bila aku kata putih, dia kata hitam. Memang opposite gila kot. Mungkin sebab dia beza dengan laki yang aku pernah kenal sebelum ni. Lelaki yang aku kenal sebelum ni semua jenis melayan dan jenis yang mengikut cakap aku. Tapi dia tak. Asyik aku je kena ikut cakap dia. Setakat ni takde lagi la benda mengarut yang dia suruh ikut. Hm...cuma yang jadi masalah sekarang sampai sekarang dia tak tahu yang aku suka kat dia. Aku memang takde niat nak bagitahu pun sebab macam tajuk entri aku tu "rasa itu ada tapi belum bersedia". Memang aku cinta dia (oooo...cinta ek..) tapi aku tak bersedia untuk letak sebarang komitmen. Dulu aku pernah fikir nak menjauhkan diri dari dia tapi lagi jauh aku pergi lagi dekat dia datang. Memula dulu chat kat fb. Bila aku da kurang chat dengan dia kat fb, dia mesej kat fon pulak. Bila aku macam malas nak mesej kat fon dia telefon pulak. Bila aku kata jangan telefon da dia ajak jumpa pulak. Hm...entahla. So aku pilih untuk pendam je perasaan tu dan terus je berkawan dengan dia.


En. A...
Aku da kenal En.A ni da lama gila. Memang teman tapi mesra. Dia ni yang mendatangkan konflik jiwa kat aku. Dia pernah menceritakan kat semua member aku pasal perasaan dia dekat aku. Sampai makcik aku pun tahu. PAROK WEYH!!!! Aku memang takde apa-apa perasaan dekat dia sebab aku da anggap dia TTM aku. Aku taknak rosakkan pershabatan kami dengan rasa itu. Biarlah berkawan je. Tapi kengkadang tengok cara dia macam tak pernah give up. Aku pun tak tahu nak buat macam mana dengan budak ni. Kengkadang aku rasa aku boleh je terima dia tapi AKU BELUM BERSEDIA!!!! Memang rasa itu kalau takde kita boleh adakan. Cuma bukan sekarang. Akan datang mungkin. Cuma aku tak suka cara En. A ni sebab dia kengkadang menekan aku. Tertekan aku. Kengkadang rasa menyampah dan benci jugak dengan mamat ni.

Wednesday, July 25, 2012

Sudah Cukup Sudah~

Hari ni terkejut gila cuz dapat kol from someone yang da lama tak kontek (btw xde la lame sgt....tp lme la jugk...). So, aku assume dia cuma TERdial nombor aku and TERmiss called aku. Sebab no point dia kontek aku balik. Setiap kali kami kontek balik konfem akan gaduh. Masing-masing sibuk cari salah masing-masing pastu tunding menunding. BOSAN!!!

Dan paling aku tak faham kenapa dia perlu muncul bila aku da jumpa kebahagian aku (walaupun kebahagian yang aku temui tu bukan sesuatu yang pasti tapi cukup untuk buat aku gembira..). Sejauh mana cinta pertama sukar dilupakan dan rasa sayang itu akan bertahan. Memang aku sayang dia tapi da tak seperti dulu. Baki sayang itu kalau terus diusik memang akan buat aku sakit. Kisah lalu jangan diungkit. Biarlah aku dengan kehidupan aku sekarang andai kepastian untuk bersama di masa hadapan masih kabur. Awak sendiri tak mampu untuk meyakinkan saya. Hanya pandai bermain kata-kata dan awak sangat hebat meletakkan kesalahannya pada saya. Itu adalah perkara yang amat saya kagum. 








Awak,
     Perkara yang lepas biarkan berlalu. Jangan ditanya tentang perasaan saya terhadap awak. Jika saya mampu biarkan awak bahagia dengan perempuan lain, kenapa tidak awak izinkan saya bahagia dengan kehidupan. Sudah hampir 10 tahun kisah kita berakhir kenapa perlu dikenang sehingga sekarang. Andai benar perpisahan kita dahulu merupakan kesalahan saya, maafkanlah. Jangan berdendam. Saya tak mampu kembali kepada awak. Cukuplah, biarkan semuanya berakhir.....

Monday, June 11, 2012

Masihkah Ada Kepercayaanku Untuk Sang Adam???

Disaat aku mencari cinta,
Aku percaya bahawa kepercayaan adalah kunci utama kebahagiaan..
Lalu ku letakkan kepercayaanku pada sang Adam yang hadir menyentuh hatiku,
Tapi kepercayaanku dibalas dengan pendustaan,
Terasa diri ini dikhianati,
Sakit yang tidak akan hilang...

Namun siapa sangka, sakit itu berkurangan apabila hadirnya seorang lagi Adam,
Kehadirannya sangat membahagiakan dan menceriakan hariku,
Dan aku yakin dialah untukku,
Janjinya akan sentiasa bersamaku dalam apa jua keadaan,
Aku percaya...

Kini Adam itu hilang entah kemana,
Hilangnya tanpa kata,
Perginya bersama janji yang dimungkiri,
Terasa sukar untuk aku mempercayai Sang Adam...

Tetapi seorang lagi Sang Adam hadir,
Cuba menagih kepercayaan dariku,
Mencari peluang mendekati aku,
Menyelongkar ruang di hatiku,
Namun, Masihkah ada kepercayaanku untuk sang Adam???

Sunday, May 20, 2012

~KePaDa EnGkAu YaNg BeRnAmA cInTa~

Kepada engkau yang bernama cinta,
Maafkan aku kerana tidak dapat menerima kehadiranmu,
Bukan kerana aku tidak cinta tapi kerana aku takut,
Kerana cintalah aku begini..
Aku menyingkirkan rasa itu di saat ia mula menjengah,

Kepada engkau bernama cinta,
Pengalaman lepas membuatkan aku lebih berjaga-jaga,
Sehingga aku takut menerima dan memberi,
Bila aku sedar rasa itu hadir,
Segera aku kebumikan jauh didasar hati,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Dulu aku pernah rasa bahagia keranamu,
Engkau membuatkan aku berasa sempurna,
Tapi kini aku rasa terseksa, aku rasa terluka,
Pedih...


Kepada engkau yang bernama cinta,
Aku tidak tahu siapa yang bersalah antara kita...

Mungkin aku yang tak memahami...
Atau cinta yang terlalu kejam,


Kepada engkau yang bernama cinta,
Ada ketika aku merasakan aku memerlukan engkau,
Namun ada ketika aku rasa lebih elok jika engkau menjauh,
Cukup serik untuk terjatuh dan terluka.

Kepada engkau yang bernama cinta,
Andai engkau ditakdirkan untuk aku ,
Maka aku harapkan biarlah kehadiranmu membahagiakan,
Semoga rasa cinta itu mampu menyembuhkan luka lama


Friday, May 18, 2012

~S.E.N.Y.U.M~

~mY lOvE's StOrY~


Sudah lama mencari, tapi tak ku temui rasa yang selalu ada di hati...bermula di FACEBOOK you IM I dulu, tak tahu malu...gatalnya diri you membuat I terjatuh...bila kita da start mengada, kita mula bermain mata, borak panjang-panjang...sikit-sikit je I merajuk you selalu sabar pujuk...tapi sebenarnya I cuma test you saja...mula timbul rasa bahagia...kini aku temui jalan cerita cinta...sekian lama mencari cinta...dulu cinta tiada lagi dan aku masih mencari-cari kerana hatiku sanggup menunggu cinta darimu...memang benar aku sudah jatuh cinta...memang benar aku hampir jadi resah...bila cinta darimu hadir bagai lena dari mimpi...let me tell you that I love you and I never wanna wrong you...take my hand baby...come, go through with me...let me tell you that I miss you and I never wanna lose you...you're my heart baby...my life is incomplete without you...kekadang hatiku bertanya adakah dia dah berpunya kerana aku berasa aku jatuh hati padanya...aku ingin memilikinya...aku ingin menjaga dia...aku ingin mencinta dia...aku ingin hidup dengannya...memang benar aku sudah jatuh cinta...memang benar kata hatiku padamu...tapi aku tak kuasa mengatakan padamu rasa cintaku...mungkinkah aku kan berjumpa dengannya untuk meluahkan rasa...mungkinkah aku kan berdiam diri saja...menunggu cinta darinya...dalam pada I gembira sometimes I feel so sad juga cause you dah berpunya...but I always want you to be mine forever...




#until now I never tell him bout it~

Tuesday, May 1, 2012

Sempurna dalam kekurangan..itulah KELUARGA saya~

Disaat mereka berbicara betapa mereka berbangga dengan keluarga yang mereka ada sekarang. Sedangkan aku hanya berdiam dan berfikir sejenak apakah makna sebuah keluarga dalam hidup aku. Adakah keluarga aku sesempurna keluarga mereka?

Dibesarkan oleh wan dan aki dari kecil, membuatkan aku sukar mendefinisikan makna keluarga. Walaupun sepanjang dibesarkan oleh wan dan aki, aku tak pernah rasa ada sedikit pun kekurangan dari segi luarannya tapi secara peribadi aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku ada dua adik tapi semua duduk terpisah-pisah. Seorang tinggal dengan opah (keluarga mak) dan seorang lagi dengan mak dan abah di KL. Mak dan abah pula da bercerai waktu umur aku 14 tahun dan selepas itu baru aku duduk di KL bersama emak dan adik-adik aku. Abah memang jarang kami jumpa bukan sebab mak yang halang tapi abah terlalu sibuk dengan keluarga baru dia. Pada mulanya, aku sangat benci mempunyai keluarga macam ni kerana keluarga aku tak sama seperti keluarga lain. Aku selalu menyalahkan mak dan abah kerana meninggalkan aku di bawah jagaan wan dan aki sejak dari lahir. Tapi persepsi aku mula berubah selepas aku menyelami hati mak, mendengar alasan dia meninggalkan aku di bawah jagaan wan dan aki sehingga aku dipisahkan dengan adik-adik aku, dan memahami mengapa penceraian harus berlaku antara mak dan abah. Aku rasa bersalah kerana menyalahkan mak selama ini dan baru aku tahu betapa susahnya kehidupan dia selama ini lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan abah.

Kini, dia sendiri membesarkan tiga orang anaknya dengan kudrat dia dan pada kami adik beradik dialah abah, dialah mak. Kehidupan kami tak semewah kawan-kawan aku yang lain tapi alhamdulillah mak tak pernah biarkan kami kebulur meskipun abah jarang menghulur. Mak tak pernah minta bantuan sesiapa walaupun dari keluarga sendiri. Pada dia biarlah susah payah dia tanggung sendiri. Walaupun kadang-kadang ada permintaan kami yang mak tak mampu nak penuhi tapi semua tak pernah menjejaskan hubungan kekeluargaan kami sebab mak selalu ada bila kami perlukan. Luaran orang lihat keluarga aku dilihat tidak sempurna kerana tiada lelaki yang menjadi ketua keluarga tetapi semua itu tak penting selagi mak ada bersama kami kerana KESEMPURNAAN keluarga aku terletak pada ketabahan mak membesarkan kami dan kasih sayang yang kami miliki.






Mak, thanks for everything. I wish that I could make you happy forever. K.long akan usaha untuk ubah nasib keluarga kita.  You teach me a lot bout life. I gained a lot of experience from you.You are my strength that helped me to get through this terrible world. I can't imagine my life without you (even I'm just doing fine for the past 7 years but now seriously I can't). Mak, I LOVE YOU SO MUCH.

Thursday, April 12, 2012

Mudahnya ditipu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila ditipu nak salahkan siapa ye???mangsa a.k.a AKU atau si penipu a.k.a MEREKA???...Mungkin aku yg patut disalahakan sebab mudah sangat percaya kata-kata mereka...sedangkan semua orang tahu ayat lelaki memang tak boleh dipercayai...aku tak belajar dari kesilapan ke ek??

Tapi bila aku da betul-betul tertutup pintu hati, boleh pulak diaorang cakap:
"Tak semua lelaki cam tu..percayalah..."
"Tak baik hukum lelaki lain hanya kerana seorang lelaki.."
"Saya bukan mereka yang tak tahu menilai awak.."
~Ya Allah, pandainya kaum Adam ini berkata-kata...

Dan bila aku mula berkawan dengan mereka, mereka memang layan aku baik sangat...care giler...24/7 texting, chatting n calling...so aku assume diaorang single...kalau tanya pun diaorang akan jawab "Yes, I'm single"...pepaham jela kalau mereka da kata mereka single confirm kita akan menggedik lebih kan?and sedikit harapan untuk ke arah lebih dari kawan tu akan wujud...maklumlah bila hati da dikecewakan and dilukakan tetiba hadir kaum Adam yang sangat prihatin sikit sebanyak terubat juga luka tu...malangnya~(malang sangat) diaorang da berpunya...lebih sedih bila kekasih diaorang orang yang kita kenal...

Tapi sedih yang aku rasa bukan sedih sebab tak dapat memiliki dia...tapi sedih sebab mereka bermati-matian menafikan status diaorang...aku bukannya apa, aku takut aku akan melukakan hati kaum aku...tiada siapa boleh terima cara aku berkawan dengan lelaki...jadi bila aku tahu mereka da berpunya, sekurang-kurangnya aku boleh jauhkan diri aku dari diaorang...and tak berharap apa-apa... =(

Kalau betul mereka ikhlas nak berkawan dengan aku, tolong jangan tipu...sebab diaorang mungkin akan melukakan hati banyak pihak...tolonglah ingat bahawa aku adalah wanita yang selalu melakukan kesilapandalam sesuatu perhubungan...

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :


✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

Thursday, March 22, 2012

22032012

Tak tahu nape malam ni jadi sebak,sedih,syahdu dan macam-macam la...tolong la...it is a day before the best day in my life...i should be happy...

My mistake gi baca blog yg sedih gile (try la bace~ce klik je...)..lepas tu melarat-larat bila fikir benda lain...lagi sedih bila housemate duk webcam ngan member dia (laki and blaja kat MESIR ok!!!) and member dia tu baca al-Quran...syahdu gila...tetiba terfikir alangkah bagus kalau dapat hubby camtu... =) 
*Allah tak kasi apa yang kita mahu tapi Allah akan kasi apa yang kita perlu...(noted!)

Kan best kalo dapat stopkan waktu~




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, December 30, 2011

INILAH TAKDIR....



~::Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUKAN  kita dengan SESUATU yang tidak diundang,
~::MEMBERI apa yang tidak dirancang,
~::MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
~::Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
~::serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..~


Kata-kata ni buat aku terpanggil untuk menulis blog...ditambah plak dengan situasi yang berlaku kat aku semenjak dua menjak tiga menjak ni...hm...sangat serabut bila pikir semua tu...aku try relate kan ayat demi ayat tu dengan situasi aku...mungkin betul pe yang ayat tu cakap...(ayat bercakap????ngeee~ choi!!!)






1. ~::Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tak diundang,


   Terlalu banyak "SESUATU yang tak DIUNDANG" aku temu...kadang2 seronok...kadang2 tak...tapi Alhamdulillah walaupon kadang2 tak seronok, bila teringat tentang sesuatu tu mesti senyum sorang2...berBUNGA2 hati....walaupun senyuman tu diakhiri dengan air mata...BAHAGIA sangat seolah2 benda tu terjadi setiap masa...tapi yang tak bestnya semua tu tinggal kenangan~ 


2. ~::MEMBERI apa yang tidak dirancang,

     PERTEMUAN tu tanpa sedar telah memBERI aku sebuah HARAPAN...tak tau macam mane harapan tu wujud...sejak mula pertemuan tu lagi aku selalu ingatkan diri jangan sesekali meletakkan sebarang harapan pada setiap pertemuan...sebab tak semua harapan akan jadi kenyataan...dan sekarang inilah yang terjadi...HARAPAN TINGGAL HARAPAN~  


3. ~::MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan..


     Setiap PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN...sama ada sementara atau selamanya...aku mula rasa KEHILANGAN dengan perpisahan tu...berharap perpisahan itu hanya sementara...dan kenangan yang membahagiakan tu juga mampu membuat aku MENANGIS...kerana masih ada harapan yang tertinggal...ditambah dengan rasa kehilangan yang teramat sangat...kan da mengalir betul2...


4. ~::Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban...


     Tapi itulah TAKDIR...di situ aku mengenali semuanya...PERTEMUAN itu telah beri aku sejuta rasa...dan juga pertemuan dengan SESUATU itu telah mengembalikan satu rasa yang hampir hilang...harap rasa itu tetap ada...berharap lagi~

5. ~::serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..

     Kini aku cuba menilainya...mungkin kehadirannya adalah sekadar KENALAN disaat aku kesunyian...dan jika penilaian aku ni betul...maka HARAPAN itu harus ditamatkan...supaya aku mampu memulakan episod baru dalam kehidupan...














*Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini untuk menempuh semua ini..... 









Friday, December 9, 2011

AWAK~

Awak, mengapa awak da x macam dulu...awak da berubah...saya ada wat salah ke??? saya rindu awak yang dulu...

Dulu awak selalu mengembirakan saya....awak selalu wat saya tersenyum...awak cakap awak akan terus gembirakan saya...tapi sekarang???awak macam menjauhkan diri dari saya...awak hilang secara tiba2...kenapa???

Saya pernah bagitau pada awak dulu...jangan buat saya terlalu gembira kerana satu hari nanti awak akan buat saya menangis...dan semuanya terjadi sekarang ni...saya sedih bila awak berubah...

Kalo saya tau akan jadi macam ni saya xkan benarkan awak hadir dalam hidup saya...tapi awak da hadir dan sekarang saya xtau nak buat apabila jadi macam ni...saya betul2 rasa kehilangan~

* I hate this feeling... T.T

"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~