Saturday, August 25, 2012

Jijik ke anak luar nikah???

Aku menulis entri ni mungkin disebabkan faktor emosi atau mungkin kerana rasa perikemanusiaan. Tajuk entri ni mungkin agak keterlaluan tapi inilah persoalan yang ada dalam fikiran aku saat ini setelah melihat tingkah laku manusia dan orang sekeliling. Hina sangat ke anak luar nikah? Adakah mereka seberat najis mughallazah yang perlu kita jauhkan? Ya Allah..aku sedih melihat keadaan seperti ini.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, Rasulullah Sallallahualaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani maupun Majusi.

Maksud hadis tu rasanya sudah cukup untuk menceritakan tentang kelahiran seorang bayi. Bukan mereka minta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu. Itu kesalahan ibubapa mereka. Biarlah ibubapa mereka yang tanggung. Kenapa mereka yang dipersalahkan kerana status mereka?

Aku pelik melihat manusia sekeliling aku. Apabila ada kelahiran yang sebegini  kurang bilangan yang datang menyambut kelahiran tersebut. Kenapa tidak semeriah menyambut kelahiran seorang bayi yang sah taraf?
Tiba-tiba teringat kata-kata Norish Karman, "Saya sanggup mati melahirkan anak daripada mati membuang anak". Pada aku ada betul juga kata-kata tu. Sekurang-kurangnya anak itu lahir dan mungkin kita mampu mendidik anak itu menjadi sempurna pada masa akan datang.

Sebenarnya aku sedih dengan sikap kawan-kawan aku. Mengapa perlu berat sebelah hanya kerana taraf kelahiran bayi itu. Jangan ada sikap mendabik dada mengatakan semua itu tidak akan berlaku pada diri kita. Akan datang kita tak tahu. Mungkin tidak akan terjadi pada kita tapi mungkin ahli keluarga kita. Aku bukanlah insan yang sempurna sehingga aku mampu keluarkan kata-kata seperti ini, cuma ini lebih kepada peringatan bersama. Layanlah anak ini selayaknya. Lupakan kesalahan ibubapa mereka dan sentuhlah anak itu dan ucaplah:


بورِك لك في الموهوب، وَشَكَرتَ الواهب، ورزققت برَّه، وبلغ أشُدَّه
(Buurika laka fil mauhubi, wa syakartal wahiba, wa ruziqta birrahu wa balagha asyuddahu)
Semoga Allah memberi berkah dengan anak yang dianugerahi atasmu, dan engkau kepada Dzat yang Maha Memberi. Semoga engkau diberi rezeki berupa kebaikan darinya. Semoga ia sampai pada masa kuatnya

Wallahualam~




"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~