Thursday, November 28, 2013

Berkata-kata dalam diam - Part 1

Hmmm..da agak bersawang blog aku yang poyo ni. Dah lama tak membuat sesi luahan hati kat sini. Mungkin diam di sini tapi aku masih bersuara di tempat lain. Antara kata-kata aku dalam diam.....

"Di sini aku ceritakan semua,
Jujur pada hati dan juga pada kamu,
Sememangnya benar hati ini mencinta,
Tapi tak mampu terluah kerana bimbang ditertawa,
Memiliki perasaan yang tak mungkin berbalas,
Keinginan aku untuk melepasi sempadan persahabatan,
Namun aku sedar aku tidak mampu memanjat tembok sempadan yang kau bina,
Jadi terpaksa berdiri di sini dan sekadar melihat kamu di seberang sana,
Bila difikirkan kembali sampai bila?
Sedang hati meronta-ronta dan terseksa,
Lalu aku berpaling tak sanggup sekadar melihat kepuasanmu melihat aku sentiasa di sini ada untuk kamu,
Melangkah pergi tanpa rela dan hati yang terluka,
Dan bila mana engkau sedar aku yang kau inginkan,
Jeritlah namaku..pasti aku menoleh,
Kejarlah aku...pasti akan kuperlahankan langkahku,
Ucapkanlah kata teragung..sehingga mampu meruntuhkan tembok itu,
Namun biarlah ianya ikhlas dan jujur"

Meluah rasa di saat hati berbuku kata yang tak mampu diluah. Dipendam sampai bengkak. Hanya air mata yang mengalir.

Sunday, October 13, 2013

Selesakan Diri Untuk Terus Begini

Mungkin tindakan itu terlalu drastik...
Tapi aku terlalu lelah dengan perhubungan ini...
Lalu aku memilih untuk meninggalkan permainan perasaan yang terlalu memenatkan...

Aku harus belajar untuk terima semua ini...
Hadapi tanpa rasa sesal...
Jangan sekali berpaling lantas berkata:
"Kenapa aku memilih jalan begini?"
Kali ini akan kupastikan bahawa aku tidak akan menoleh lagi...

Aku harus terus melangkah...
Biarkan saja ia pergi...
Jika takdir telah tertulis...
Memberi ruang dan peluang untuk bersatu...
Tiada apa yang perlu aku khuatiri...
Oh, atau mungkin kalau sebaliknya...
Pasti ada yang lebih baik sedang menanti...

Bukan tidak pernah bersendiri berserta rasa kosong...
Tapi telah terbiasa didampingi dengan bunyian mainan hati...
Bila difikirkan kembali...
Kepada siapa harus aku tunding jari...
Mungkinkah pada orang yang selalu hadir bersama hembusan bayu kasih...
Atau kepada diri sendiri yang membiarkan kekosongan itu diisi dengan kepalsuan rasa...

Aku perlu kembali ke asalku dahulu...
Mencari tapak untuk berdiri dan terus melangkah...
Jangan terlalu bergantung kepada tongkat rasa kasih dan sayang...
Kerana untuk sesuatu tempoh tongkat itu pasti patah jika aku terlalu berpaut kepadanya...
Sesekali aku perlu buang tongkat itu...
Dan selesakan diri untuk terus begini...



Wednesday, August 21, 2013

MUNGKIN.

Teringat kata-kata abang angkat aku dulu,
"Dek, kalau kita tak nak orang buat kat kita benda yang kita tak suka jangan kita buat benda tu kat orang."
Sampai sekarang aku cuba ikut kata-kata tu tapi mungkin kadang-kadang tak sedar aku mungkin ada buat macam tu jugak..

Minggu ni adalah minggu paling haru-biru bagi aku sebab aku betul sibuk. Mana nak siapkan report LI lagi dengan kerja opis lagi lepas tu preparation kenduri pak cik lagi. Penat sangat. So maybe sebab semua ni aku jadi terlalu penat untuk layan perangai manusia dan aku mudah terasa.

Antara terasa dan rasa kesal.

Ya, aku memang sibuk dan aku tak tipu. Tapi aku takkan menyalahkan sesiapa yang merasakan bahawa status yang aku selalu update di Facebook pasal aku sibuk adalah tipu. Diorang ada sebab kenapa cakap macam tu. Mungkin sebab diorang asyik nampak aku selalu main game kat FB and available so nampak macam aku terlalu banyak masa terluang sampai sempat untuk main game.

Sebenarnya hanya orang yang betul-betul kenal aku je tau aku macam mana. Aku jenis yang tak boleh fokus dengan satu-satu kerja. Sebab kalau aku terlalu fokus untuk sesuatu kerja aku akan cepat mengantuk. Seperti sekarang ini, aku bukan semata-mata menulis di blog, aku juga tengah menyiapkan surat agreement untuk pekerja Tri System Technology, sambil berFB dan menyiapkan report LI. Mesti ada orang cakap "patutlah kerja xsiap.." Setiap orang ada cara kerja tersendiri dan itu cara aku.

Nak dijadikan cerita disaat aku susah dan memerlukan pertolongan dari seorang hamba Allah ni pasal LI report, ada yang lambat dia respon dan ada jugak yang tak respon langsung. Mula-mula aku fikir mungkin la diorang-diorang ni sibuk. Jadi aku pon mintaklah pertolongan dengan orang lain yang lagi sibuk (pada pandangan aku). Alhamdulillah bukan setakat tolong apa yang aku nak tapi siap dengan nasihat lagi. So, bila ada orang lain yang mintak tolong dengan aku, aku gunakan nasihat itu untuk orang lain pulak. But the best thing is when kita bagi pandangan dan nasihat kepada orang yang MEMINTA pandangan dan nasihat kita, diorang boleh doubt kita balik. Bila da jadi macam tu, aku pun suruhlah mereka-mereka yang doubt aku tu refer pada yang LEBIH bernas ideanya dari aku. Ada yang pergi ada yang STILL nak aku jugak aku yang beri idea. Kalau rasa idea aku tak bagus or diragui tak perlu mintak tolong aku sebab itu idea aku, cara aku dan itu yang aku lakukan untuk kerja aku. Bukan aku tak suka orang doubt aku tapi kalau nak doubt tolong guna nada suara yang betul or in POLITE WAY. Cara korang tu more kepada nak blame aku. Sorry to say that korang realize tak korang tengah mintak pandangan aku dan, aku dan kau bukan orang yang sama. PLEASE KEEP THAT IN YOUR MIND.

Waktu tu aku rilex lagi, aku fikir mungkin ini masa aku, mungkin aku pernah buat kat orang lain macam tu. Biarlah. Bila tiba hari pembentangan dan kebetulan aku orang yang pertama untuk bentangkan, aku hanya guna apa yang ada. Segala idea yang aku terima dari orang-orang yang sudi tolong aku dengan pandangan aku. SUMPAH! Report aku waktu tu sangat useless. Sebab aku tak dapat the real format untuk report just melalui gambaran yang orang kasi. Tapi Alhamdulillah Dr. puji aku punya isi kandungan report dan report aku yang tak seberapa. Habis je present bertubi-tubi orang tanya aku pasal benda tu. Aku tolong apa yang mampu dan apa yang Dr. pesan kat aku, aku try sampaikan kat orang lain. Aku harap diorang akan jadi more well prepared la dari aku. Selepas diorang habis present, feedback yang aku dapat dari diorang adalah Dr suruh diorang refer aku. So aku tolong mana yang dapat. Macam abang angkat aku pesan, kalau kita tak nak orang tu buat benda yang kita tak suka, kita jangan buat kat orang. Dan memang aku harap dengan apa yang aku buat tu satu hari orang akan buat benda yang sama pada aku. Ada juga yang membuat aku tersenyum. Kenapa aku tersenyum? Sebab insan yang aku pernah mintak tolong muncul dan mintak pertolongan dari aku. Takpe aku tolong. Sebab aku tahu betapa susahnya kalau bila kita susah takde siapa nak tolong. Tapi sedikit kesal dengan sikap diorang.

Kenapa perlu macam tu?
Hmmm... Mungkin diorang tak sengaja.

Tuesday, August 13, 2013

Presentation Terakhir

Esok merupakan hari di mana aku kena bentangkan hasil report aku during my internship. NEBES MAK NOKS!!!

Nak kena present dalam opis depan bos dan pensyarah memang kerja gila. Kalau depan pensyarah je aku bolehlah gagah lagi. Rasa macam tak cukup nafas je nak present ni. Mood kerja memang ke laut da. Apa yang aku nak merapu esok pun tak tahu la. Harap semua berjalan dengan lancar. Lantaklah kena blacklist dengan bos ke apa ke. Lepas ni aku bukan kerja kat sini jugak.

Sebut pasal kerja, dulu memang aku asyik cakap peluang aku cerah kat sini. Aku boleh diserap terus bekerja di sini. Tapi sekarang dah lain. Bila bos merasakan bahawa menerima pelajar LI lebih jimat berbanding menggajikan pekerja tetap maka aku harus melupakan unutk terus bekerja di sini. Sekarang aku tengah gigih berusaha untuk cari kerja lain.
Lupakan pasal kerja yang penting sekarang adalah presentation. Da la pointer paras hidung. ALL THE BEST ANIS!!!!

Monday, June 24, 2013

What is next?

Hari ni masuk minggu kedua aku di syarikat ni. Semakin hari semakin mencabar jugaklah task dia jika nak dibandingkan dengan kemahiran yang aku ada. Tapi menyeronokkan sebab aku belajar benda baru. Masuk minggu kedua aku da bolehlah biasakan diri dengan persekitaran kerja aku. Penat tu ada tapi takdelah seteruk minggu pertama aku kat sini. Maklumlah habis je final tak sempat nak rehat otak da kena start intern. Kalau U aku area KL je takdelah menitik sangat air mata nak ber'intern' terus lepas habis final. Ni dari Terengganu babe! 6 jam kot perjalanan ke KL. Mau aku tak nanges.

Ok...enough pasal nanges ni. So apa plan aku lepas ber'intern'? Adakah masih kekal dengan plan asal untuk start berniaga kek dan kuih macam dulu ataupun cari kerja. Hari tu bos ada tanya sama ada nak ke jawatan sebagai Setiausaha dia. Aku jawab aku ok je. Tapi dia cakap aku masih baru lagi. So dia nak tengok prestasi aku dulu. Sekarang aku tengah gigih berusaha nak tunjukkan kebolehan aku. Bukan aku tak nak teruskan cita-cita aku untuk ada business sendiri. Tapi semua tu perlu modal. Jadi sementara aku nak kumpul modal tu semua baik aku kerja dulu then boleh la jugak usha-usha pasaran kan. Minta semua dipermudahkan. INSYAALLAH. ANNYSSOPHYTE AKAN TETAP JADI SUATU JENAMA.

 AMIN.

Saturday, June 1, 2013

1 Jun 2013..


play me first~


Sekejap je da 1 Jun. Maknanya tinggal 12 hari je lagi aku akan tinggal dengan kawan-kawan aku kat UMT ni. Cepatnya masa berlalu. Tadi bangun pagi cadang nak tengok matahari terbit kat pantai tapi sayang hari mendung. Matahari tak keluar. Just dapat main air pantai je. Lepaskan rindu dan stress di pantai. Rasa tenang, rasa dekat dengan Tuhan. Rasa sayu je tadi sebab teringat yang aku akan tinggalkan tempat ni. Tak tahu bila pula aku akan sampai lagi ke situ. Pantai memang tempat kegemaran aku untuk hilangkan stress. Jangan pelik jika sampai sahaja di pantai aku akan diam dan duduk berseorangan. Ada sesuatu yang sedang aku bicarakan dengan Maha Pencipta-ku. Itulah aku.

Ya Allah, makin dekat dengan hari perpisahan semakin aku takut. Aku tak tahu sama ada aku sudah bersedia nak berpisah atau tidak dengan mereka terutama sekali dia. Banyak aku kongsi kisah suka dan duka bersama mereka. Jika aku bersedih kerana mereka, dia akan datang menceriakan aku. Disaat aku terluka kerana dia, mereka jadi penguat semangat aku. Kuatkan hati. Doa aku semoga perpisahan ini hanya sementara. Jangan di panjangkan. Satukan aku dan dia dalam ikatan yang Allah redhai. Amin.

Friday, May 31, 2013

Aku pulak yang mengada..

RINDUuuuuuuu...
OK, jujur dari hati aku memang aku rindu dia sangat. Siapa dia? Mesti la gemuk si tebal lagi tembun tu. Da banyak hari tak chat panjang-panjang. Sebabnya aku EMO terlebih. Stress gila minggu ni. Dengan assignment yang berlambak(da sampai aku rasa macam assignment tu tak nak kasi aku grad je..) + presentation bertubi-tubi + kena dajal ngan 'member" = dalam seminggu 3 kali aku gastrik. Memang mencicitlah mood aku lari minggu ni. Kalau aku terus chat dengan dia takut tak pasal-pasal jadi mangsa sembur aku je. So, baik buat sombong. Lagipun sekarang da tinggal 13 hari je lagi. Pastu hubungan ni akan putus. Kenapa aku putuskan sebab...... nanti la aku cerita. Cuba belajar jauh dari dia. Dia mungkin boleh jauh dari aku. Tapi aku? (sebak jap bila fikir semua tu....)

Letak tepi dulu rasa sebak tu. Nanti bila nak fikir pasal semua ni baru ambil balik.OK?

Dulu kalau chat dengan dia, aku selalu cakap dia mengada-ngada. Memang mengada sangat. Kalau tengok  dari luar rasa macam tak percaya je dia tu boleh mengada sampai tahap macam tu. Aku da la tak suka lelaki mengada-ngada. Kalau orang lain aku sembur je. Tapi dengan dia, aku layan je. Pelik tak peliklah jugak.
Tapi sekarang bila dia tak chat dengan aku rasa rindu sangat. Tulah bila dia tegur kau buat sombong. Ala, bukan sengaja nak buat sombong macam tu. Tapi aku takut kalau aku tak dapat control emo aku, tak pasal-pasal dia kena sembur. Lagi satu aku bengang tengok dia layan budak yang dajalkan aku. Geram sangat. Geram ke? Macam cemburu je. Hello anis, this is your wake up call. Ingat sikit dia tu KAWAN kau SAHAJA. Bukan 'balak' kau. Tak payah nak jeles sangatlah. Dia layan kau sama je macam perempuan lain. Yang kau rasa spesel sangat tu pehal?! Jangan nak syok sendiri sangatla...

Sobs..sobs...sobs...but I miss him so damn much...susahnya kalau ego setinggi Eiffel Tower.

Thursday, May 30, 2013

Alangkah bestnya kalau kisah cinta dia adalah kisah cinta aku.

Semalam dalam kelas EOP(English for Occupational Purpose) aku lepak dengan seorang kawan lelaki aku ni. Dia ni agak rapatlah juga dengan aku sebab kami banyak group assignment sekali. Entah macam mana borak punya borak, terkeluarlah kisah dia dan awek dia. Sweet gila kot. Aku yang mendengar ni puas tahan air mata sebab aku dapat rasakan alangkah beruntungnya perempuan tu dapat lelaki yang macam tu.  Tapi kalau korang tengok kawan aku tu, perangai tak semenggah. Bukan tak semenggah apa cuma dia tu gila-gila. Memang tak caya yang dia tu boleh jadi seromantik itu. Dan semestinya aku pun mengharapkan agar dapat seseorang yang macam dia.

Cerita dia macam ni.....

Dia kenal perempuan ni dalam Myspace waktu tu dia baru putus dengan ex dia. Dia cakap mula-mula tu dia nak main-main je dan dia pun tak tahu awek dia tu pun main-main jugak masa tu. Sebab susahkan nak percaya cinta melalui laman sesawang ni (bahasa jiwa bangsa betul aku malam ni). Dia cakap, dia tak tahu macam mana dan bila dia mula jatuh cinta dekat perempuan tu. Cuma yang dia sedar dalam setiap apa yang dia buat dia asyik teringatkan perempuan tu. Dia dulu player katanya. Ibarat kenal pagi, malam couple, esok keluar, malam esok putus. Hebat sungguh dia bertukar perempuan. Tapi semenjak dia kenal dengan perempuan tu, even dia keluar dengan perempuan lain dia tetap akan teringatkan perempuan tu. Bila dia duduk sorang-sorang dia akan teringatkan perempuan tu. Lama-lama dia rasa dia tak boleh. Dia ambil keputusan buang semua nombor skandal-skandal dia dan fokus pada perempuan tu. Beruntungkan perempuan tu (ok, aku jeles). Kalau korang nak tahu tahun ni genap 6 tahun dia couple. Lama gila. Nak nangis je rasa. Aku tanya dia, selama kenal dia takde ke perangai annoying yang awek dia tunjuk. Dia cakap ada tapi bila teringat semua tu dia akan tersenyum je. Sebab bila pikir balik semua tu benda kecik je. Ada sesuatu perkara yang aku tertarik dengan cerita dia which is DOA. Dari setiap apa yang terjadi antara dia dan awek dia mesti ada doa dan seolah-olah Allah memakbulkan setiap doa dia. Aku rasa itulah satu-satunya penyebab kenapa mereka masih lagi bersama. Nampak yang dia betul-betul ikhlas dengan perempuan tu. Semoga jodoh mereka berpanjangan. AMIN..





~waktu aku tulis cerita ni Mr.T duk tegur kat chat...malas nak layan.. tetiba rasa macam nak marah dia je.. tp sebenarnya ada bunga2 ckit la dalam hati bila dia tegur...hihihihi

Dia pemuzik saya

Jom dengar dulu..KLIK!

Dia ni kawan aku waktu sekolah menengah. Dia memang hebat kalau bab-bab main alat muzik ni. Tiap kali Hari Guru, dia mesti jadi musician dan kalau waktu da hujung-hujung tahun tu, dia selalu angkut keyboard dia pergi sekolah (hebatkan..jalan kaki babe dari rumah dia..jauh gila...). Tapi apa kaitan dengan aku? Kalau korang nak tahu, akulah yang akan duduk sebelah dia paksa dia main keyboard sambil aku men"sumbang"kan suara. Part paksa tu macam tak sangatlah sebab kadang-kadang tu kitorang selalu share lagu. Ada setengah lagu dia tahu irama tapi tak tahu lirik. So kitorang selalu tukar-tukar. Paling aku ingat bila dia suruh aku nyanyi Where Do I Begin. Dia cakap dia tahu main tapi tak pernah dengar lagu tu. So aku pun nyanyi la. Da la lagu dia mencanak-canak tingginya. Aku pulak urat nafas pendek memang kena marah sokmo dengan dia. That was wonderful moment. Kitorang memang rapat sangat sampai lepas SPM still jumpa dan lepak sesama. Mana taknya tempat kerja pun dekat. Maka sempatlah sekejap aku berskandal dengan beliau. AHAKS!

Teringin nak lepak macam dulu. duduk sebelah dia sambil dia main piano dan aku sumbangkan suara. Pastu kena marah sebab sokmo aku nyanyi lari tempo. Terkedek-kedek aku kejar tempo tu balik. Tapi rasanya sekarang aku da improve sikit. So aku akan rekod suara aku untuk lagu ni yang di gubah. Lirik by him tapi aku ubah sikit ikut kesesuaian suara aku. InsyaAllah nanti aku akan publish. Kalau lagu tu ok la dan dia approve.

Monday, May 27, 2013

Kita "KAWAN" kan??

Sumpah aku da naik menyampah dengan statement tu. Terutamanya pada lelaki yang suka guna statement tu tapi tak faham definisi kawan tu macam mana. Takkan nak kena ajar kot. Aku ni bukan kawan dengan kau je. Ramai lagi lelaki lain yang aku dan aku tau macam mana nak bezakan kawan, kawan baik dan "Teman Tapi Mesra". Aku tak bodoh la. Tak payah nak tanya soalan tu sampai sepuluh kali. Kalau betul kita kawan apesal kau menggelabah bila aku cakap aku rindu kau?. Pelik jugak sebab kau menggelabah or mungkinlah aku pun menggelabah pergi cakap macam tu dekat kau kan? Tapi rasanya tak salah kalau aku meluahkan apa yang aku rasa. Da memaang betul aku rindu, so aku cakaplah. Kawan lelaki aku yang lain relaks je bila aku macam tu. Lepas tu apesal kau cemburu bila aku lebihkan kawan lelaki yang lain. Bro, aku kenal diorang lagi lama dari kau. Tak salah kalau aku lebihkan diorang kan?
Lagi satu yang aku rasa kau ni BAGHAL, kenapa aku kena layan kau special ye? Ape kes aku kena layan kau lebih dari kawan-kawan aku lain. Semua benda aku kena buat demi kau. What the hell!!!

Bila aku persoalkan semua ni, kau kata aku menggelabah. Hello, masalahnya aku nak kepastian. Aku tak suka benda yang tak pasti. Kau tahu tak tindakan kau tu menyusahkan aku. Kalau kau jenis suka benda yang tergantung sila jangan kacau hidup aku. Pergi kacau orang lain. Aku malas nak main game kau yang entah apa-apa ni. Tapi aku suka dengar statement kau yang satu tu. "Saya treat awak sama macam kawan perempuan saya yang lain". REALLY? Maaflah awak saya tak pernah tahu pun sebab saya tak nak ambil tahu. Kiranya kau ramailah kawan perempuan ek? Ok, tapi dalam ramai-ramai tu akulah yang kau selalu ajak keluar, akulah tempat kau mengadu segala benda, akulah tempat kau nak mengada-ngada. Ohohoi, specialnya aku ni pada kau kan? Tapi apesal aku? Mana kawan-kawan perempuan kau yang lain?

Pergilah mengadu dekat diorang, pergilah mengada-ngada dengan diorang, ajaklah diorang keluar. Jangan hiraukan pasal aku. Aku da biasa hidup sendiri. Lantaklah kalau kau nak kata hidup aku ni membosankan atau apa. Sebab yang lalui hidup aku adalah aku bukan kau. Aku tak pernah mintak kau temankan aku. Aku tak perlukan teman yang cakap macam keling. Nak kawan buat cara nak kawan. Jangan sampai aku jadi lawan kau. So, sebelum aku jadi lawan kau better aku blah. Sekarang ni mungkin aku boleh bermanis muka, tapi nanti aku tak tahu. Lagi satu, bila aku cakap aku nak blah asal kau halang ek? Kau kan ramai kawan perempuan lain. Tak berbekas apa-apa pun kalau aku takde. Bukan kau mati pun bila aku takde dekat dengan kau. Apa kau nak sebenarnya? Cakap terus jangan jadi keling. Kawan keling aku pun tak cakap macam kau. Kau fikirlah baik-baik.


Wednesday, May 22, 2013

kisah KITA berDUA


Izinkan aku ceritakan segala
Pandai-pandailah mereka menilai nanti
Kerana hanya kita yang melalui
Hubungan yang penuh duka dan ketawa
Kisah bermula di alam maya
Salam perkenalan pembuka bicara
Walaupun realiti pernah berjumpa
Mulut terkatup tanpa bicara
Hari demi hari semakin mesra
Sudah pandai bergurau senda
Timbul keserasian dalam jiwa
Bercerita hingga Subuh menjelma
Terkadang terasa hubungan ini suatu jenaka
Bila berjumpa malu pula yang dirasa
Tiada bahasa meluahkan kata
Hanya mata isyarat bahasa
Kami pernah saling bertanya
Mengapa begitu acap kali bersua
Namun jawapannya entah ke mana
Bukan berselindung atau berpura
Tapi itulah kami seadanya
Satu pinta ku dari mereka
Benarkan kami bersahabat selamanya
Usahlah dipersoalkan hubungan yang tercipta
Kerana ia terbentuk tanpa kami rencana
Hanya ditakdir Allah kami berjumpa

Saturday, May 11, 2013

.

Malam ini aku menangis tanpa sebab yang pasti. Dah lama tak macam ni. Mungkin aku terlalu beremosi. Ya, mungkin.

Malam ini tak tahu kenapa aku terlalu rasa kesian pada diri sendiri. Mengenang setiap apa yang berlaku sepanjang usia aku dan cuba menerimanya sebagai takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Bukan mudah. Banyak yang aku pendam dan rahsiakan. Aku tak pandai nak bercerita cuma mampu menangis. Kalau boleh aku nak kongsi segalanya tapi tak terluah. Memendam perasaan sangat menyakitkan. Aku sendiri dah tak mampu untuk semua tu. Tapi apa lagi yang aku mampu buat?

Monday, March 25, 2013

Pengembaraan baru tatkala usia mula bertambah angka~

Pergghhh~!!!! nangis bila baca tajuk dia. Nampak tak betapa matangnya insan yang memiliki nama yang indah tapi perangai tak berapa nak semenggah. Tapi itulah hakikatnya seorang "AKU" yang bernama Nur Khairunisa binti Khairuddin.

Dua hari lepas 23032013 genaplah usia aku 23 tahun. Bestkan semua ada nombor 2 dan 3. Terasa sudah tiba untuk aku menjadi matang dan lebih serius memikirkan tanggungjawab aku yang sebenar. Telah terlalu banyak aku habiskan masa untuk berfoya-foya memikirkan keseronokkan yang sementara. Tak adil kan?

Jadi aku mulakan hari aku dengan usia 23 tahun dengan perjalanan ke KL dari Terengganu bersama 2 orang kawan aku yang berasal dari Pantai Timur. Membawa mereka melihat dunia aku yang sebenar, agar mereka kenal siapa aku. Pada mulanya aku bercadang untuk ke pulau tapi akibat terlalu sibuk dengan perkara yang entah apa-apa, tak sempat nak booked hotel. Perkara mudah adalah kembali ke tempat aku. Kebetulan apabila kawan aku dapat tahu bahawa aku ingin pulang ke KL mereka pun nak ikut. Kata mereka, "kesian pula kau seorang di sana tanpa sesiapa pada hari jadi kau". Pada aku semua tu sangat klise sebab aku sudah terbiasa hidup sendiri. Sendirian? Mana mungkin aku sendiri di Kuala Lumpur. Keluarga aku menetap di sana. Masalahnya aku tak beritahu pun keluarga aku yang aku ingin pulang sebab tentatif aku adalah bertolak pada 22 Mac (malam) dan pulang ke Terengganu pada 23 Mac (malam). Memang aku rancang begitu. GILA kan?

Disebabkan last minute plan, nyaris juga semuanya tidak berjalan dengan lancar. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.


Kami sampai MBKT dalam pukul 8.30 mlm. Nasib baik ada tiket lagi pukul 10.30 mlm. Tengoklah berkoyan-koyan orang nak balik naik bas.


Inilah kengkawan aku yang follow aku ke KL. Disebabkan da tak tahu nak buat apa so kami pose dulu before naik bas. Hehe..
Ni aja bekalan yang kami bawa. Da macam lari dari rumah kan? Yang kaler pink tu tiket bas. Besor kan? Da macam tiket FLIGHT je... 

Tengah sedap-sedap pose tiba-tiba handphone kesayangan aku habis bateri. Adoi! Belum sampai KL lagi dah habis. Menggagau cari plug. Fikir punya fikir aku ajak kawan aku pergi lepak McD. Waktu tu dah tak fikir pasal boikot ke apa ke yang penting handphone aku bernyawa. Jadi takkan nak lepak bodoh je kan...




Tadaaaaaaaa!!! maka muncul la dua biji aiskrim di depan aku. Hewhewhew~
Erm..dap erhh!!
Muke bahagia dapat telan aiskrim..lupa nak kasi tahu..tu  eskem orang punya juga. Saya ada ambil kasi rasa hijau sikit makan, merah juga ada sikit makan. Itu sebab "I dont eat eskem at nite, if i'm not kebulur or stress!!"


INI SEMUA POYOOOOO!!

Selepas 6 jam setengah perjalanan kami pun sampai. Tapi pic ni diambil selepas selepas Subuh dalam pukul 8 lebih. Da selesai solat dan tidur jap. Tidur kat surau je bukan hotel tu pun. Propa je lebih~
First place kami visit. DATARAN MERDEKA!!! Da macam rombongan sekolah pulak. Kat sini  kitorang breakfast dan curi air dalam tandas awam untuk mandi. HAHA..gila kan?
 Selesai semua kami terus ke SOGO pulak. Maklumlah ada sale cuti sekolah. Shopping sakan Kak Ani. Aku sempat le cuci mata je. Maklumlah takut bajet lari. Selesai shopping kami lepak area LG Sogo sebab penat gila. Tengah lepak-lepak diorang kasi keluar makanan wajib bila birthday. Apa lagi, kek la~



BLACKFOREST BERRIES katanya...yang penting kek COKLAT k..thank  u!!!xoxo...


Kepenatan yang terpancar di wajah....


 Tapi perjalanan kami tak habis disini. Kemudian kami ke Time Square. Aku bawa mereka ronda-ronda Time Square. Main tangga piano, lantai yang warna purple tu (maaf le aku tak tahu nama apa..yang penting dia kat bawah tangga piano tu), lepas tu shopping sikit-sikit, lunch dan jalan-jalan area theme park. Tak masuk pun sebab tak cukup masa. Gambar pun da tak ambil sangat sebab kemaruk shopping. HAHAHA...

Da siap solat semua kami bergerak ke Masjid India dan kemudian ke pasar malam Jalan TAR. Tengah jalan-jalan kat pasar ada satu part pasar malam tu gelap. Tapi yang pelik tu kedai kat belakang gerai dan bangunan besar kat kiri kanan bangunan tu elok je ada lampu. So, bila kawan aku tanya konfiden je aku jawab "BLACKOUT". Dalam hati aku tertanya juga macam mana gerai tu je blackout, pastu aku sendiri jawab dalam hati "power supply tak cukup kot". Al kisahnya diorang semua celebrate Earth Hour aku haram jadah tak tahu. Baru tadi aku tahu lepas kawan aku cakap.
(=..=)' nasib cakap dalam hati je.

Kami bergerak semula ke Hentian Putra lebih kurang dalam pukul 8.30 malam sebab bas dalam pukul 10.30 malam dan kami sampai hostel dalam pukul 7 pagi sebab tunggu orang ambil lambat. Begitula kerja gila aku...


"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~