OK, jujur dari hati aku memang aku rindu dia sangat. Siapa dia? Mesti la gemuk si tebal lagi tembun tu. Da banyak hari tak chat panjang-panjang. Sebabnya aku EMO terlebih. Stress gila minggu ni. Dengan assignment yang berlambak(da sampai aku rasa macam assignment tu tak nak kasi aku grad je..) + presentation bertubi-tubi + kena dajal ngan 'member" = dalam seminggu 3 kali aku gastrik. Memang mencicitlah mood aku lari minggu ni. Kalau aku terus chat dengan dia takut tak pasal-pasal jadi mangsa sembur aku je. So, baik buat sombong. Lagipun sekarang da tinggal 13 hari je lagi. Pastu hubungan ni akan putus. Kenapa aku putuskan sebab...... nanti la aku cerita. Cuba belajar jauh dari dia. Dia mungkin boleh jauh dari aku. Tapi aku? (sebak jap bila fikir semua tu....)
Letak tepi dulu rasa sebak tu. Nanti bila nak fikir pasal semua ni baru ambil balik.OK?
Dulu kalau chat dengan dia, aku selalu cakap dia mengada-ngada. Memang mengada sangat. Kalau tengok dari luar rasa macam tak percaya je dia tu boleh mengada sampai tahap macam tu. Aku da la tak suka lelaki mengada-ngada. Kalau orang lain aku sembur je. Tapi dengan dia, aku layan je. Pelik tak peliklah jugak.
Tapi sekarang bila dia tak chat dengan aku rasa rindu sangat. Tulah bila dia tegur kau buat sombong. Ala, bukan sengaja nak buat sombong macam tu. Tapi aku takut kalau aku tak dapat control emo aku, tak pasal-pasal dia kena sembur. Lagi satu aku bengang tengok dia layan budak yang dajalkan aku. Geram sangat. Geram ke? Macam cemburu je. Hello anis, this is your wake up call. Ingat sikit dia tu KAWAN kau SAHAJA. Bukan 'balak' kau. Tak payah nak jeles sangatlah. Dia layan kau sama je macam perempuan lain. Yang kau rasa spesel sangat tu pehal?! Jangan nak syok sendiri sangatla...
Sobs..sobs...sobs...but I miss him so damn much...susahnya kalau ego setinggi Eiffel Tower.