Saturday, August 25, 2012

Jijik ke anak luar nikah???

Aku menulis entri ni mungkin disebabkan faktor emosi atau mungkin kerana rasa perikemanusiaan. Tajuk entri ni mungkin agak keterlaluan tapi inilah persoalan yang ada dalam fikiran aku saat ini setelah melihat tingkah laku manusia dan orang sekeliling. Hina sangat ke anak luar nikah? Adakah mereka seberat najis mughallazah yang perlu kita jauhkan? Ya Allah..aku sedih melihat keadaan seperti ini.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahuanhu, Rasulullah Sallallahualaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani maupun Majusi.

Maksud hadis tu rasanya sudah cukup untuk menceritakan tentang kelahiran seorang bayi. Bukan mereka minta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu. Itu kesalahan ibubapa mereka. Biarlah ibubapa mereka yang tanggung. Kenapa mereka yang dipersalahkan kerana status mereka?

Aku pelik melihat manusia sekeliling aku. Apabila ada kelahiran yang sebegini  kurang bilangan yang datang menyambut kelahiran tersebut. Kenapa tidak semeriah menyambut kelahiran seorang bayi yang sah taraf?
Tiba-tiba teringat kata-kata Norish Karman, "Saya sanggup mati melahirkan anak daripada mati membuang anak". Pada aku ada betul juga kata-kata tu. Sekurang-kurangnya anak itu lahir dan mungkin kita mampu mendidik anak itu menjadi sempurna pada masa akan datang.

Sebenarnya aku sedih dengan sikap kawan-kawan aku. Mengapa perlu berat sebelah hanya kerana taraf kelahiran bayi itu. Jangan ada sikap mendabik dada mengatakan semua itu tidak akan berlaku pada diri kita. Akan datang kita tak tahu. Mungkin tidak akan terjadi pada kita tapi mungkin ahli keluarga kita. Aku bukanlah insan yang sempurna sehingga aku mampu keluarkan kata-kata seperti ini, cuma ini lebih kepada peringatan bersama. Layanlah anak ini selayaknya. Lupakan kesalahan ibubapa mereka dan sentuhlah anak itu dan ucaplah:


بورِك لك في الموهوب، وَشَكَرتَ الواهب، ورزققت برَّه، وبلغ أشُدَّه
(Buurika laka fil mauhubi, wa syakartal wahiba, wa ruziqta birrahu wa balagha asyuddahu)
Semoga Allah memberi berkah dengan anak yang dianugerahi atasmu, dan engkau kepada Dzat yang Maha Memberi. Semoga engkau diberi rezeki berupa kebaikan darinya. Semoga ia sampai pada masa kuatnya

Wallahualam~




Wednesday, August 15, 2012

Kami kawan je la!!!

Pernah tak korang rasa tertekan bila dua ahli keluarga bertanyakan soalan 'cepu cemas' mengenai dua Adam. Let say si Adam ni sorang nama Bazli dan sorang lagi nama Amar (da macam Dejavu di Kinabalu la plak...). Meanwhile, dua ahli keluarga dibahagikan kepada belah ayah dan belah ibu. Soalan 'cepu cemas' tu bermula bila yang sebelah ayah menyuruh menerima Bazli manakala sebelah ibu pulak tanya mengapa tidak ada apa-apa dengan Amar.

Setakat ni jawapan aku kepada dua-dua soalan tu 'kami KAWAN je, tak mungkin akan lebih dari tu'. Tapi jawapan tu seolah-olah tiada dalam slema jawapan diorang. Pernah jugak aku jawab 'orang da ada yang lainla' tapi still diorang tanya mengapa bukan Bazli atau Amar. Aku da tak tahu nak terangkan macam mana da.

Jawapan sebenar untuk persoalan tu...

Kenapa tak terima Bazli???
Aku dan Bazli da kawan dari kecik. Dari hingus meleleh sampai hingus kering. Dari zaman aku kasar sampai aku jadi perempuan. Kami da rapat sangat. Kalau tukar title kawan tu jadi kekasih memang pelik. Mungkin kami akan muncul sebagai makhluk asing bila jumpa. Sepanjang aku kenal dia bukan tak pernah dia cakap dia suka aku. Dah banyak kali dan dia memang tak pernah putus asa. First time dia buat kerja gila bila dia cakap dekat kawan-kawan kitorang yang dia nak kahwin dengan aku. Time tu aku rasa macam 'eh, budak ni lebih pulak berguraunya..' tapi aku layan je. Pastu aku cakap bebaik ngan dia jangan teruskan gurauan tu sebab ramai ingat kami betul2 nak kahwin. Dan semestinya jawapan dia 'AKU SERIUS!!!'. Terdiam jap aku. Aku pun cakap la aku tak sedia lagi nk berkapel. Sebenarnya kami gaduh dulu sebelum tu. Puas la jugak aku pujuk dia. Pastu ok. Ada sekali tu aku mintak dia hantarkan aku ke rumah sedara aku. Kebetulan sedara aku tu kenal dia. Al-maklumlah sekampung. Tetiba sedara aku cakap 'eloklah korang ni dari kecik berkawan sampai besar. Belajar pon dekat tempat sama. Bila lagi?'. Part bila lagi tu yang aku tak berapa nak faham. Adoi, ingat senang ke bila da kawan rapat pastu nak berkasih sayang. Memang tak la. Bila da reda benda ni, si Bazli ungkit balik pasal aku nak ke dia ke tak?So sekali lagi kitorang bergaduh. Yang paling best kali ni makcik aku back up dia. PAROK!!! Lama jugak la gaduhnya. Pastu ok tapi tak ok sangat da hubungan kitorang. Aku rasa tak best la bila kawan rapat gaduh pasal benda2 camni. Setahun senyap pastu timbul balik pasal ni. Bezanya kali ni tak over sangat. Tapi dalam tempoh setahun isu ni cool antara aku dan Bazli tetapi makcik aku tak pernah cool dari terus memujuk. Arrrggghhh!!!seterez.....


Kenapa takde ape-ape dengan Amar??
Kes Amar ni special sikit. Aku kenal Amar ni time sekolah. Dia ni kawan pakcik aku.Pada awal perkenalan aku dengan dia memang aku ada feel dekat dia. Aku pernah beritahu dia pasal ni. Tapi dia tolak cara baik dan aku terima benda tu sebab waktu tu aku tau dia ada minat kat gurl lain. So, selepas tu kami deicde untuk jadi kawan je. Kami jadi rapat gila. Entah macam mana isu aku kapel dengan dia timbul. Aku tau pasal ni bila adik aku buat pengesahan dengan aki mengenai siapa sebenarnya aku kapel sebab adik aku tahu semua kisah aku. Time tu dia cakap makcik secara bermatian-matian mengesahkan aku kapel dengan Amar sedangkan aku kapel dengan orang lain. Bila aku explain barulah dia faham. ok aku pun lega lah bila dia faham. Tiba-tiba semalam nak dijadikan cerita, si Amar ni call katanya dia nampak aku. Disebabkan aku guna tab time tuhso kenalah guna loudspeaker, so makcik aku pon dengarlah perbualan kami. Lepas  habis je cakap makcik aku terus tanya soalan yang sama cam dulu-dulu. Kenapa takde pape dengan Amar? Kami just kawan je...Tolonglah faham. Tak mungkin lebih dari tu.

Bukan mudah nak tukar friendzone kepada lovezone. Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu da tahu baik buruk kita dan kita da banyak cerita masalah kita kat dia. Mungkin dari sudut pandangan orang lain mereka melihat benda tu simple and lagi mudah sebab kita da saling mengenali tapi tak bagi aku. Aku tak cakap mustahil kawan menjadi cinta cuma tak mungkin itu terjadi sekarang. Akan datang wallahu alam. Semua kuasa Tuhan. Sekarang pada aku kawan akan kekal kawan sampai bila-bila.

Saturday, August 11, 2012

Kebetulan atau kenyataan.....

Sekarang aku asyik fikir adakah semuanya berlaku secara kebetulan atau kenyataannya memang begitu. Dulu kalau aku asyik fikir dan bebel pasal dia mesti dia muncul. Pastu kalau aku buat application mengarut kat fb mesti keluar nama dia. Paling sadis aku asyik nampak dia. Tungau paling besar dah hinggap aku. Parah kalau terus macam ni. Hm.....mainan perasaan je tu........

Thursday, August 9, 2012

Ujian cipta rasa yang berjaya menambat hati para juri....


Bahagia kejap semalam apabila masakan yang aku cipta sendiri (tapi rasanya ada je kot yang da buat resepi tu...) mendapat pujian dari mak dan ateh. Bukan senang nak dapat pujian dari diorang ni. Selalunya ada je yang tak kena. Pernah sekali tu aku goreng sawi macam aku selalu masak tapi tetiba mak cakap " Batang sawi awak liat. Masak tak letak air la tu." Padahal melaut kuah aku buat dan pada aku tak liat pun. Tapi semalam semua cakap sedap dan mintak resepi. Bahagia sangat.

Semalam aku namakan masakan aku sebagai Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya<--terpengaruh dengan Azwan Ali dalam Masterchef Selebriti. Sebenarnya ni ayam goreng rempah yang tak berapa nak rempah. Sebab tu la aku rasa macam ada je kot orang yang pernah masak ayam ni. Resepi ni tercipta apabila minggu lepas ateh aku suruh buat ayam goreng biasa (just gaul garam dan kunyit) tapi disebabkan aku ni tak makan sangat ayam goreng biasa ni plus ayam tu macam da lama sikit. So selongkar dapur jumpa lada hitam, aku pun ambik lada hitam tu tumbuk dan letak dalam ayam yang da gaul dengan garam dan kunyit lepas tu goreng macam biasa. Waktu ni diorang tak komen lagi tapi bila tengok diorang macam banyak je makan ayam tuh aku tahu confirm la sedap. HUHUHU..


Selang beberapa hari mak aku suruh buat ayam goreng biasa lagi. Bosan betul. Pastu aku plan nak buat lagi sekali resepi ayam aku tu. Tapi kali ni aku tambah jintan manis dan jintan putih. Untuk resepi kali ni diorang cakap best. Tapi pujian yang biasa jela.

Tetiba semalam mak call dia cakap sila buat ayam macam hari tu. Aku pun apa lagi awal-awal lagi aku da masuk dapur.berbunga-bunga hati nak masak. Kali ni aku perap jap ayam tu pastu aku buat kuah sikit. Yang pasal kuah tu aku terfikir bila teringat waktu aku sekolah dulu bila aku malas masak aku selalu buat ayam goreng kunyit cara aku. Adik-adik aku suka sangat ayam tu. So aku pun rasa macam nak kembalikan moment tu dalam resepi aku. NOSTALGIA BETUL!!!

Bila tiba waktu makan, ateh aku tanya aku letak apa dalam ayam tu (time tuh da rasa macam iklan Panasonic je...NGEEE~). Aku pun cakaplah aku letak apa. Pastu mak dan ateh cakap sedap dan suruh buat resepi tu kat kampung nanti yang mempunyai jumlah pengkritik masakan agak ramai. Maka ini membuktikan resepi aku DITERIMA!!! yeay~

So, aku nak share sikit resepi kat dalam ni sebagai rujukan aku pada masa akan datang sebab aku ni pelupa sikit. Kalau korang nak cuba pun boleh. :)


Ayamku Di Padang Sahara Banjir Juga Akhirnya
(nama ni aku ambil sebab ayam tu cam pedas2 sikit..)

Bahan untuk diperap:-
1/2 ekor Ayam
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan untuk kuah:-
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 inci halia (hiris halus)
sedikit air (ikut rasa hati nak banyak mana)
sedikit Secukup Rasa Maggi (kuah dia tak guna garam sebab ayam tu rasa dia kuat so guna secukup rasa je)

Camne nak buat?

Memula basuh rempah untuk perap tu dan goreng kering. Goreng sampai naik bau tapi jangan hangus. Lepas tu tumbuk sampai jadi serbuk. Gaulkan rempah yang dengan ayam, serbuk kunyit dan garam. Perap dalam setengah jam.(Kalau nak danging ayam tu cam lembut-lembut sikit sila beranikan diri letakkan sedikit cuka dalam 1 sudu besar. Tapi memandangkan adik laki dan mak ada gastrik yang agak teruk tapi tak sangat so aku tak letak cuka tapi aku kengkadang aku perap dengan sos tiram untuk kasi lembut daging ayam tu). Lepas perap boleh goreng. Terpulang kat korang nak buat deep fry or goreng dengan minyak sikit. Tapi seelok-eloknya kalau rasa kurang mahir nak goreng dalam minyak sedikit sila goreng secara deep fry untuk ayam tu masak dengan sempurna. Sebab first try aku buat goreng ayam dengan minyak sedikit, ayam tu tak masak sepenuhnya tapi sekarang da ok. Lagi satu kalau korang tak nak ayam tu melekat kat kuali before letak ayam sila panaskan minyak dengan asam keping. Cara tu boleh mengelakkan ayam melekat kat kuali dan ayam tu akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap. Boleh juga apply time nak goreng ikan sebab nant ikan tu akan jadi garing dan tak melekat kat kuali. Lepas da siap goreng ayam tu toskan minyak dia dan letak kat tepi dulu.

Untuk kuah, tumis bawang besar dan halia sampai naik bau dan bawang tu macam layu-layu sikit. Lepas tu masukkan sos tiram dan air. Aku suka kuah yang pekat so aku letak sikit je air. Jangan lupa letak secukup rasa dan ayam yang da goreng tadi. Kacau-kacau pastu angkat dan hidang. YUM~YUM~




# tak dapat nak upload pic sebab terlupa nak snap......








"I" ialah "Me"

My photo
Simple + Loving x Innocent + Cute + Unpredictable - Annoying = ANNYSSOPHYTE~